Palanivel Pengerusikan Mesyuarat CWC Interim MIC 2009

palani-CWC-Interim-meeting

Krisis MIC kian meruncing apabila Datuk Seri G. Palanivel hari ini mengumumkan pemilihan presiden parti akan diadakan pada September.

Selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) interim 2009 di sini hari ini, Palanivel berkata pemilihan cawangan akan diadakan dari 24 hingga 26 Julai dengan pencalonan ditetapkan pada 15 dan 16 Julai.

Mengadakan pemilihan merupakan satu daripada enam resolusi diluluskan oleh CWC pada mesyuaratnya.

Palanivel, yang membacakan kenyataan kepada pemberita, berkata CWC “membuat teguran keras dan mengingatkan timbalan presiden yang digantung Datuk Seri Dr S. Subramaniam daripada berperanan sebagai pemangku presiden MIC”.

Beliau juga berkata tiada mana-mana anggota MIC boleh mendakwa atau memperakui Dr Subramaniam sebagai pemangku presiden.

Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata CWC akan menulis surat kepada semua pengerusi cawangan dengan kadar segera, mengarahkan mereka untuk tidak melayani apa-apa perkara, termasuk permintaan bagi pencalonan berkaitan dengan pemilihan, daripada Dr Subramaniam.

Mesyuarat CWC juga membuat resolusi bahawa Datuk S. Sothinathan, yang didakwa oleh Palanivel ialah setiusaha agung, akan mengambil semua langkah perlu untuk mendapatkan semula pemilikan ibu pejabat MIC daripada “penghuni tidak sah”.

Palanivel berkata jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk memperoleh semula pemilikan semua aset parti, termasuk Universiti AIMST, Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), Kolej TAFE, Koop Didik dan Yayasan Pemulihan Sosial.

Ketika diminta mengulas tentang jawatan beliau sebagai presiden MIC, Palanivel berkata beliau masih presiden parti yang sebenar dan surat daripada Pendaftar Pertubuhan yang memperakukan beliau bukan lagi anggota MIC telah disalah tafsir.

Dr Subramaniam mendakwa beliau kini pemangku presiden MIC kerana Palanivel telah hilang keanggotaan selepas beliau dan empat yang lain membawa perkara berkaitan parti ke mahkamah.

Dr Subramaniam telah mengumumkan pencalonan bagi pemilihan cawangan akan diadakan pada 10, 11 dan 12 Julai dan pemilihan seminggu selepas itu pada 18 Julai.

Katanya beliau berharap proses pemilihan semula bagi semua jawatan akan selesai menjelang akhir Oktober.

Krisis MIC timbul susulan wujud perbezaan pendapat antara Palanivel dan Dr Subramaniam selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengeluarkan notis pada 5 Dis tahun lepas mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 anggota CWC.

RoS membatalkan pemilihan diadakan pada November 2013 selepas menerima aduan berlaku penyelewengan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN