Kerajaan Beri Penganugerahan Terhadap Pengorbanan Malim Gunung – PM

gempa-sabah-malim-dukung-budak

KUNDASANG: Kerajaan akan memberi penganugerahan kepada malim gunung yang telah menunjukkan keberanian dan pengorbanan luar biasa ketika menyelamatkan mangsa gempa bumi di Ranau Jumaat lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata beliau telah berbincang dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman tentang perkara itu dan kerajaan negeri akan mengesyorkan nama-nama penerima.

“Kami akan buat penelitian untuk memberi sesuatu penganugerahan yang sesuai kepada malim gunung yang telah menunjukKan keberanian dan pengorbanan yang teristimewa.

gempa-sabah-malim-gunung-1

“Bila kita sebut ‘berkorban apa sahaja’, itulah peranan yang telah dilakukan oleh malim gunung semasa operasi mencari dan menyelamat mangsa walaupun kemungkinan nyawa mereka tergadai,” katanya.

Najib berucap pada majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa dan waris mangsa gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu yang mengorbankan rakyat tempatan dan warga asing, pada Selasa.

Najib turut menyaksikan penyerahan bantuan RM1 juta oleh kerajaan Sarawak kepada kerajaan Sabah untuk tabung bencana gempa bumi, yang disampaikan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

gempa-sabah-malim-gunung-3

Sementara itu, Ronny Masirin, 35, abang kepada mendiang Ricky Masirin, 28, malim gunung berasal dari Kampung Kauluan yang terkorban dalam gempa bumi itu, berkata keluarganya sangat berterima kasih atas sumbangan yang diberikan kerajaan.

“Ini merupakan tanda keprihatinan kerajaan pusat kepada semua mangsa yang terlibat. Walaupun sumbangan ini tidak dapat memadam rasa kesedihan kami, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan itu.

gempa-sabah-malim-gunung-2

Sementara itu, Victorius Benjamin, 41, abang saudara kepada malim gunung Valerian Joannes, 27, yang turut terkorban dalam kejadian itu, berkata sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu keluarga mendiang.

Beliau menyifatkan semua sumbangan dan penganugerahan kepada malim gunung termasuk empat yang terkorban sebagai penghargaan besar daripada pihak kerajaan.

Setakat ini, 16 orang disahkan terkorban dalam gempa bumi yang berlaku pada 7.15 pagi itu.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN