Isu salib: Kuasa kerajaan negeri – Adakah rumah kedai terlibat berdaftar sebagai rumah ibadat

Tanda salib diturunkan dari bangunan unit kedai yang beroperasi sebagai tempat beribadat.

Kerajaan negeri Selangor berkuasa ke atas status sebuah rumah kedai di Taman Medan, Petaling Jaya yang memasang lambang salib sehingga menerima bantahan penduduk, sama ada ia telah berdaftar sebagai rumah ibadat dan diberi kebenaran untuk beroperasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Kabinet yang berbincang hari ini berpendapat, penduduk yang membuat bantahan mengenai pemasangan lambang salib itu sepatutnya tidak mengambil tindakan yang boleh menimbulkan keresahan dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

Katanya, mereka juga sepatutnya berbincang dengan pi­hak yang berkenaan jika mempunyai sebarang bantahan.

‘‘Rakyat mestilah sen­tiasa mematuhi undang-undang negara dan menghormati amalan beragama se­perti yang termaktub dalam Per­lembagaan. Kita hendaklah mengamalkan sikap toleransi serta saling hormat menghormati antara kaum yang berbeza agama.

‘‘Polis akan menjalankan siasatan terhadap kumpulan yang telah mengadakan bantahan dan mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan atau undang-undang sedia ada jika sabit kesalahan,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Najib, Akta Hasutan bertujuan menjamin keamanan dan keharmonian kaum di negara ini dan ia melindungi semua agama dan kaum.

Ahad lalu, sekumpulan penduduk mengadakan bantahan terhadap tindakan pihak gereja yang memasang lambang salib di luar rumah kedai di Taman Medan di kawasan yang majoriti penduduknya Melayu.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN