Kelab Akar Umbi PKR Minta Parti Lihat Semula Keputusan Tak Sokong Hudud

Sebahagian ahli Kelab Akar Umbi PKR Selangor dengan sepanduk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan pimpinan PKR berhubung isu hudud, selepas solat Jumaat di Masjid al-Mustaqim, Ampang.

Kelab Akar Umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Jumaat meminta pucuk pimpinan parti itu supaya melihat semula keputusan mereka tidak menyokong pembentangan Rang Undang-undang (RUU)Persendirian Mahkamah Syariah bagi pelaksanaan hudud di Kelantan.

Presiden kelab itu, Johari Musa berkata, keputusan pucuk pimpinan PKR baru-baru ini yang menolak pembentangan RUU itu seolah-olah mencabar kewibawaan anggota akar umbi parti itu sendiri yang beragama Islam.

Malah, Johari yang juga Naib Ketua PKR Lembah Pantai berkata, keputusan melulu pucuk pimpinan tanpa mengambil kira pandangan akar umbi turut menyinggung parti seperjuangan, PAS yang sudah pun dilihat semakin renggang hubungan dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

“Kelab Akar Umbi PKR mohon pimpinan tertinggi PKR rujuk semula perkara besar ini dalam satu kongres parti. Biar ahli akar umbi yang membuat keputusan soal hudud yang melibatkan akidah umat Islam,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas perhimpunan aman di hadapan Masjid Jamek di sini.

Sebilangan anggota kelab itu berhimpun secara aman, di hadapan Masjid Jamek pada Jumaat bagi menyatakan sokongan terhadap pembentangan RUU itu.

Kira-kira 50 ahli kelab dan anggota PKR yang berhimpun secara aman kira-kira 30 minit sejurus selepas Solat Jumaat turut membawa kain banting dengan tulisan “Kami desak Azmin (Timbalan Presiden PKR Azmin Ali) sebagai orang Islam nyatakan pendirian tentang hudud” dan “Pimpinan PKR jangan belakangkan ahli soal hudud”.

Johari yang juga Ketua Biro Agama Islam PKR Lembah Pantai mengingatkan bahawa isu besar ini boleh menentukan nasib PKR pada pilihan raya kecil Permatang Pauh di Pulau Pinang pada 7 Mei ini.

Ditanya sama ada timbul kekhuatirannya dipecat sebagai anggota PKR kerana menentang pucuk pimpinan parti dalam hal demikian, beliau berkata, ia tidak menjadi masalah kepadanya.

“Setiap perkara baik pasti ada halangan dan rintangan. Kita hanya buat kerja yang Allah tetapkan dalam Al-Quran,” katanya.

Pada 19 Mac lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud yang hanya terpakai kepada orang Islam mukalaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak selepas 44 anggota DUN sebulat suara meluluskan rang undang-undang itu.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN