Hudud: Akar Umbi Bantah Pendirian Pimpinan PKR

Sebahagian ahli Kelab Akar Umbi PKR Selangor dengan sepanduk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan pimpinan PKR berhubung isu hudud, selepas solat Jumaat di Masjid al-Mustaqim, Ampang.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menolak hudud sebagai dasar bersama dalam Pakatan Rakyat mendapat tentangan kumpulan akar umbi.

Setiausaha Kelab Akar Umbi PKR Selangor, Kamaruljas Abdullah berkata, keputusan yang dibuat kepimpinan parti berhubung isu hudud bukan persetujuan bersama kerana tidak mendapat pandangan ahli di peringkat bawahan.

Beliau mendakwa pimpinan PKR tidak pernah meminta pandangan akar umbi dan wakil di setiap cabang sebelum membuat apa-apa keputusan dalam beberapa isu sebelum ini, termasuk isu hudud.

“Kita (akar umbi) rasa tertinggal dalam isu ini yang tidak dibawa dalam perbincangan. Kita tidak sokong kenyataan pimpinan yang menolak hudud dan menganggap ia hanya suara sebelah pihak.

“Isu hudud adalah isu besar melibatkan hukum agama, bukan hukum parti, jadi pendirian yang dibuat tidak adil untuk akar umbi beragama Islam,” katanya di sini, Jumaat.

Terdahulu, selepas solat Jumaat di Masjid al-Mustaqim, Ampang, sekumpulan ahli kelab tampil bersama poster bagi menyatakan bantahan terhadap pendirian parti yang menolak pelaksanaan hudud.

Menurut Kamaruljas, apabila melibatkan agama, setiap parti perlu berhati-hati dalam membuat keputusan dan menyatakan pendirian.

Katanya, kebanyakan ahli kesal dan marah apabila Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan beberapa pimpinan parti mengeluarkan kenyataan dan menyatakan pendirian tentang hudud.

“PKR yang diharapkan sudah tersasar arah perjuangannya. Sepatutnya keputusan memihak kepada suara akar umbi tapi mereka buat keputusan sendiri dan mahu kita akur dengan keputusan mereka.

“Kita bukan memberontak cuma nak beritahu mereka bahawa akar umbi itu wujud. Kalau tak jaga pengundi apa akan jadi pada masa akan datang,” katanya.

Mengenai risiko dikenakan tindakan disiplin atau dipanggil oleh parti kerana ingkar pendirian parti dan membuat kenyataan kepada media, katanya, beliau memegang prinsip berani kerana benar.

Katanya lagi, peruntukan undang-undang membenarkan ahli memberi pandangan berhubung sesuatu isu melibatkan parti.

“Kita harap mereka panggil kita dan berbincang.

“Kenapa perlu ambil tindakan ke atas ahli yang beri cadangan dan pandangan?,” katanya sambil menambah kelab dengan ahli kira-kira 4,000 orang itu ditubuhkan untuk memantau tindakan dan kaedah penyelesaian isu melibatkan parti melalui pendekatan ‘semak dan saksama’.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN