Hudud: Guan Eng Bidas Presiden PAS Kerana 'Hina PR'

wpid-hadi-awang-lim-guan-eng.jpg

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah bertindak khianat dan sengaja melakukan provokasi untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat (PR), kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Beliau berkata isu yang dihadapi Majlis Kepimpinan PR tidak lagi berkisar kepada kedegilan PAS untuk bekerjasama dengan UMNO bagi melaksanakan hukum Hudud tetapi presiden PAS itu menghina PR dengan berulang kali melanggar janjinya sendiri kepada gabungan itu.

“Pendekatan Abdul Hadi tidak boleh menjadi sebahagian daripada, malah melanggar pendekatan secara persetujuan yang diamalkan oleh PR ke arah gabungan sihat, demokratik dan berfungsi,” katanya dalam kenyataan hari Sabtu.

Lim berkata keputusan unilateral Abdul Hadi untuk membentangkan rang undang-undang persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hukum Hudud pada sidang Parlimen sekarang, adalah tindakan pengkhianatan oleh PAS dengan mencabuli kesepakatan PR yang dipersetujui oleh pemimpin tertinggi PAS pada mesyuarat Majlis Kepimpinan PR pada 8 Feb lepas.

Beliau berkata namun, Abdul Hadi memberi notis kepada Parlimen pada 18 Mac lepas untuk melaksanakan hukum Hudud terhadap orang Islam di Kelantan dengan meminda Akta 355 iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan Anggota Parlimen Bagan, berkata rang undang-undang Hudud PAS hanya diluluskan sebulat suara oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19 Mac.

“Dengan memberi notis walaupun sebelum rang undang-undang itu diluluskan menunjukkan bahawa Abdul Hadi sekali lagi memungkiri janjinya yang dibuat sendiri semasa mesyuarat pada 8 Feb lepas bahawa sebarang percubaan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian oleh anggota dewan perlu dibincangkan oleh Majlis Kepimpinan PR dahulu,” kata beliau.

Pada 18 Mac lepas, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) untuk membolehkan pelaksanaan hukum hudud PAS’ di Kelantan. Rang undang-undang itu diluluskan sehari kemudian.

Abdul Hadi dilaporkan berkata bahawa PAS telah belajar untuk menerima dan menghormati agama lain dan mempersoalkan mengapa orang bukan Islam tidak boleh menghormati Islam.

Beliau juga berkata PAS mematuhi Perlembagaan dalam usaha untuk melaksanakan Hudud dan tidak berhasrat menghalang orang bukan Islam daripada mengamalkan agama mereka.

Lim mendakwa orang bukan Islam dan pengundi beragama Islam berfahaman sederhana yang menyokong PAS pada pilihan raya umum lepas, marah dengan pengkhianatan yang dilakukan Abdul Hadi.

Beliau mengulangi bahawa DAP dengan tegas menentang pelaksanaan hukum Hudud ‘bukan kerana ia hukum Islam tetapi kerana Hudud tidak mengikut Perlembagaan dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan’.

Menurutnya mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP pada malam Isnin lepas memutuskan untuk membincangkan tindakan terbaharu Abdul Hadi dan hukum Hudud yang diluluskan kerajaan Kelantan diterajui PAS.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN