White House gantung petisyen FreeAnwar

petition-free-anwar

Sikap buruk pembangkang sentiasa melemparkan tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional, (BN) seolah tiada kesudahannya.

Terbaru, tindakan Ahli Parlimen Batu yang juga naib presiden PKR, Tian Chua yang menulis di akaun twitternya berhubung tindakan White House menggantung petisyen ‘FreeAnwar’ melalui platfom ‘We the People’,pagi Selasa.

“Petisyen FreeAnwar ke Rumah Putih digantung – saya syak kerajaan Malaysia sabotaj petisyen itu dan menjejaskan proses itu,” tulis Tian Chua di laman twitternya.

Dan seperti biasa, selepas melemparkan fitnah, Ahli Parlimen Batu itu tidak langsung mengemukakan sebarang bukti atau hujah untuk membuktikan dakwaannya bahawa kerajaan Malaysia terbabit kejadian itu.

Petisyen ‘FreeAnwar’ dimulakan bekas Duta AS ke Malaysia, John R Malott, yang melancarkannya selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah Anwar atas tuduhan meliwat pada 10 Februari.

Bagaimanapun, petisyen kepada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama untuk membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuang daripada laman sesawang petisyen White House pagi tadi.

Sebaliknya, laman sesawang petisyen itu kini tertulis, “Petisyen yang anda cuba cari dikeluarkan daripada laman ini mengikut Dasar Kesederhanaan kerana ia melanggar terma penyertaan kami”.

Antara terma yang dinyatakan sebelum seseorang dibenarkan membuka laman sesawang White House untuk membuat petisyen ialah hak White House untuk menggantung akaun pengguna, mengeluarkan penandatangan atau mengeluarkan petisyen yang ditandatangani pengguna yang ia percayai tidak melanggar terma.

White House juga berhak menghalang laluan dalam alamat “IP” yang ia percayai menggunakan sistem automatik atau proses pukal untuk membuka akaun pengguna atau penandatangan petisyen secara berganda.

Alasan yang diberikan White House jelas menyatakan bahawa petisyen itu dikeluarkan kerana ia melanggar terma penyertaan dan langsung tidak memberikan alasan lain.

Lalu, kenapa Tian Chua terus menyerang kerajaan BN sedangkan semua pihak boleh merujuk jawapan dan alasan White House.

Jelas pembangkang bersikap khianat dan sentiasa akan terus meracun pemikiran rakyat dengan dakwaan-dakwaan yang menggugat kepercayaan ramai sekalipun tanpa langsung memberikan bukti.

Hakikatnya, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa White House mengeluarkan petisyen itu kerana penipuan pembangkang.

Siapa mampu menafikan bahawa pembangkang sendiri melakukan penipuan dengan menggunakan sistem automatik atau proses pukal untuk membuka akaun pengguna atau penandatangan petisyen secara berganda demi untuk mencukupkan jumlah 100,000 penandatangan dalam tempoh yang ditetapkan.

Teknologi Amerika Syarikat yang lebih jauh ke depan pun tidak menyatakannya, menyebabkan Tian Chua galak menuduh kerajaan BN.

Sebaliknya, kenapa Tian Chua tidak langsung mahu melihat kelemahan pembangkang terlebih dahulu sebelum terus-terusan menyalahkan kerajaan.

Sebenarnya jawapannya cukup mudah.

Selama ini, pembangkang hanya melontar tohmahan dan fitnah untuk membakar pemikiran rakyat lantaran ‘sudah terang lagi bersuloh’, kerana mereka tiada langsung memberi bukti terhadap segala pertuduhan.

Hakikat sebenar, tiada ada pun yang dilakukan pembangkang untuk memajukan negeri-negeri yang mereka kuasai.

Serangan tohmahan serta fitnah mereka sebenarnya sekadar untuk menutup mata orangramai dari meneliti ketidakmampuan pengurusan pentadbiran pembangunan pembangkang di negeri-negeri yang mereka kuasai.

Itu hakikatnya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN