#MH370: Cabaran Terbesar DCA Tangani Persepsi 'Sorok Maklumat'

Datin Bibi Nazli Hashim salah seorang penumpang MH370. Beliau pernah menjadi guru kami ditahun 70an.

Cabaran terbesar Jabatan Penerbangan Awam (DCA) adalah menangani persepsi dan teori kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 sejak ia dilapor hilang setahun lepas.

Ketua Pengarahnya Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata tanggapan masyarakat tempatan dan dunia kononnya agensi penerbangan negara itu menyembunyikan maklumat ‘ditelan bulat-bulat’ saban hari dan ditempelak dengan fakta daripada deretan pakar.

“Bukan penipuan, tiada apa yang disembunyikan. Ramai syak kita sembunyi sesuatu. Ramai tidak percaya, tapi apa yang kita keluarkan (kenyataan) dan jawab (dalam sidang akhbar) adalah kebenaran yang dikumpul daripada pakar penyiasat tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Pesawat Boeing 777 MAS itu membawa 239 orang apabila hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014. MAS kehilangan 12 anak kapal serta seorang kakitangan MASkargo.

Pada 29 Jan, kerajaan Malaysia secara rasmi mengisytiharkan insiden itu sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan bahawa kesemua 239 orang yang menaiki pesawat dianggap telah terkorban.

Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia juga menegaskan bahawa usaha mencari pesawat itu tetap menjadi keutamaan.

Jelas Azharuddin, apa sahaja teori dan dakwaan yang membawa kepada petunjuk pencarian telah disiasat pihaknya, pasukan pencari dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) walaupun ada kalanya ia mengarut dan tidak masuk akal.

“Kita ada pasukan komunikasi yang akan duduk berbincang siang dan malam setiap hari untuk mengeluarkan kenyataan bagi menjawab persoalan dan pelbagai teori atau petunjuk keberadaan pesawat.

“Kita perlu berhati-hati bagi kenyataan kerana setiap perkataan pun akan disalah tafsir walaupun kita bagi kenyataan yang betul. Kita sentiasa fokus dengan apa yang kita buat dan tidak lari daripada tanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, Azharuddin berkata pastinya banyak yang boleh dipelajari pelbagai pihak termasuk DCA dan syarikat penerbangan dunia tentang apa yang berlaku kepada pesawat malang tersebut.

Katanya, apa yang paling ketara adalah dengan memperkenalkan pengesanan pesawat pengangkutan udara komersial mengikut masa nyata yang standard.

Beliau berkata ini antara lain bagi memudahkan untuk mengesan mana-mana pesawat secara tepat pada masanya.

Menurutnya, langkah keselamatan ini telah dicadangkan kepada ICAO untuk perhatian lanjut dan badan antarabangsa itu akan mengeluarkan laporan akhir mengenainya pada Ogos nanti.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN