Nurul Izzah, Suami Cari Jalan Terbaik Selesai Hak Penjagaan Anak

Suami Enggan Ceraikan Nurul Izzah

Raja Ahmad Shahir Iskandar Raja Salim dan isterinya Nurul Izzah Anwar masih cuba mencari penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan isu hak penjagaan anak (hadanah) yang difailkan Anggota Parlimen Lembah Pantai itu pada April lepas.

Perkara itu dimaklumkan peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir, ketika ditemui media di luar mahkamah selepas kes itu disebut di dalam kamar Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Amran Mat Zain pada Rabu.

Turut hadir pada prosiding itu ialah peguam Normawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah.

Namun, pasangan suami isteri itu tidak menghadiri prosiding berkenaan. Azmi berkata pihak plaintif (Nurul Izzah) telah menghantar draf perjanjian berhubung cadangan hak penjagaan kedua-dua anak mereka menerusi e-mel kepada suaminya minggu lepas.

Azmi, yang enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai draf perjanjian berkenaan, berkata Raja Ahmad Shahir Iskandar memerlukan masa untuk meneliti cadangan berkenaan.

“Mahkamah turut mengarahkan defendan (Raja Ahmad Shahir) memasukkan pembelaan sekiranya tiada jalan penyelesaian berhubung isu hak penjagaan anak. 8 Disember ditetapkan untuk sebutan,” katanya.

Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR, memfailkan permohonan hadanah itupada 30 April lepas mengikut Seksyen 81 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Pada awal Januari lepas, Nurul Izzah yang juga anak sulung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan cerai terhadap Raja Ahmad Shahir mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN