Kes Nizar fitnah Najib: 28 Oktober sebutan semula

Nizar dan Ngeh Candle Vigil
Ngeh dan Nizar ‘candle vigil’

Mahkamah Sesyen pada Jumaat menetapkan 28 Oktober untuk sebutan semula kes bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang didakwa memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dua tahun lepas.

Hakim Madihah Harullah menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan dan pembelaan mengadakan pra-rundingan perbicaraan di luar mahkamah.

Pada prosiding sebutan semula kes hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud mencadangkan rundingan itu diadakan bagi memberi peluang kepada pihak pembelaan untuk mengemukakan sebarang permohonan sekali gus mempercepatkan pendakwaan dijalankan.

“Pihak pendakwaan dan pembelaan telah mengadakan perbincangan untuk mengadakan prarundingan perbicaraan dan dicadangkan agar ia dijalankan dari tarikh hari ini,” katanya.

Katanya hasil prarundingan itu akan diberitahu pada prosiding sebutan semula kes.

Peguam yang mewakili Nizar, Datuk Yusof Mohd Zainal Abidin memberitahu bahawa pihaknya tiada bantahan mengenai perkara itu dan akan mengemukakan sebarang permohonan dalam tempoh tiga minggu.

Ketua Pembangkang Perak dan anggota Dewan Undangan Negeri Changkat Jering itu dilihat hadir bersama isterinya Datin Seri Fatimah Taat serta beberapa pimpinan pembangkang lain.

Mohammad Nizar, 57, yang beralamat di Sungai Rokam di sini dituduh memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini antara pukul 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A, yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan itu, akan merosakkan nama baik Najib.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohammad Nizar diwakili 13 peguam yang diketuai Yusof manakala pihak pendakwaan diwakili Masri yang juga Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak dan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN