#PRKPengkalanKubor: BN dijangka menang selesa

prk-pengkalan-kubor-bn-jangka-menang

Sumber yang layak dipercayai memberitahu, BN sedang bersiap sedia untuk menyambut kemenangan mempertahankan DUN Pengkalan Kubor selepas 13 hari berkempen sejak 13 September lalu.

“Laporan awal dari PDM-PDM menunjukkan pengundi putih BN keluar beramai-ramai sejak pagi tadi,” kata sumber tersebut.

Berdasarkan perkembangan tersebut, sumber itu memberitahu BN dijangka menang selesa mempertahankan DUN tersebut.

Sementara itu, SPR memberitahu peratusan keluar mengundi di Pengkalan Kubor adalah yang tertinggi dan terbaik dalam tempoh empat jam pertama berbanding semua PRK yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Pengerusi SPRTan Sri Abdul Aziz Yusof berkata peratusan keluar mengundi sehingga pukul 12 tengah hari adalah lebih daripada separuh jumlah pengundi biasa iaitu sebanyak 54 peratus atau 12,945 daripada 23,929 orang.

“Saya berpuas hati dengan peratusan sehingga tengah hari ini yang jika trend ini berterusan sehingga tamat tempoh (pukul 5 petang), SPR jangkakan peratusan akan melebihi 70 peratus seperti yang kita sasarkan,” katanya.

Katanya sasaran SPR ialah hanya 10 peratus keluar mengundi pada setiap jam tetapi jumlah yang keluar mengundi kini kira-kira 15 peratus bagi setiap jam dan ini sangat positif.

Beliau bagaimanapun menjangkakan peratusan keluar mengundi itu akan sedikit menurun pada sebelah petang berikutan ramalan cuaca berlakunya hujan di Pengkalan Kubor dan sekitarnya.

Mengenai laporan polis sepanjang kempen PRK itu, Abdul Aziz berkata SPR menerima tujuh laporan polis itu iaitu empat berkaitan pemasangan bendera dan bakinya adalah mengenai poster dan ceramah.

Sementara itu Pegawai Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) PRK DUN Pengkalan Kubor ACP Dahlan Mohd Noor berkata keadaan PRK sehingga tengah hari berjalan lancar, cuma berlaku beberapa kekecohan kecil akibat provokasi antara penyokong parti.

“Tetapi semuanya dapat dikawal polis dan laluan trafik perlahan berikutan kehadiran penyokong kedua-dua parti yang berada di bahu-bahu jalan untuk merayu undi,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, peratusan keluar mengundi dalam kawasan DUN Pengkalan Kubor adalah 79 peratus.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary.

PRK itu diadakan ekoran kematian wakil rakyat daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas. Pada PRU ke-13 tahun lalu, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

wpid-prk-pengkalan-kubor-mutakhir.jpg

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023