#PRKPengkalanKubor: PAS Sebar Gambar Nik Aziz bersama Sami Di Kampong Siam Sebagai Strategi Akhir

wpid-pengkalan-kubor-nik-aziz-sami-siam.jpg

PAS digesa memohon maaf kepada masyarakat Siam kerana mengedar poster gambar ketua sami dan sami-sami Siam bersama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Anggota Dewan Negara mewakili masyarakat Siam Senator Datuk Boon Som Inong berkata seluruh masyarakat Siam terutama di Kelantan kesal dengan tindakan parti itu kerana ia seolah-olah mengheret institusi sami Siam Buddha dalam menjayakan kempen PAS di DUN berkenaan.

“Institusi Sami merupakan institusi bersikap neutral yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik.

“Kami kesal dan mengecam tindakan yang dilakukan PAS dan menganggap parti itu tidak sensitif terhadap institusi dan agama kami. Ia merupakan perbuatan untuk mencabuli institusi dan agama Buddha,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Katanya, masyarakat Siam juga mahu PAS menarik balik poster berkenaan.

Terdapat seramai 1638 pengundi daripada masyarakat Siam di kawasan Pengkalan Kubor.

Mereka merupakan kumpulan kedua terbesar selepas kaum Melayu yang akan membuang undi pada Khamis.

Sementara itu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong berkata rata-rata pengundi Cina yang ditemui beliau membarikan jaminan akan terus menyokong BN.

Terdapat seramai 238 pengundi Cina di DUN tersebut.

Menurut Wee, hanya calon BN mempunyai kelebihan atau hubungan rapat dengan kerajaan persekutuan, bagi membolehkan segala pembangunan dilaksana secara berkesan di kawasan itu.

“Daripada segi isu yang dibangkitkan oleh pembangkang, saya rasa ia tidak berbisa kerana (PRK) ini lebih kepada soal siapa yang boleh menjalankan tugas sebagai wakil rakyat secara berkesan.

“Kita perlukan seseorang yang mempunyai kelebihan di peringkat persekutuan pada waktu yang sama boleh melakukan ‘imbangan dan sekatan’ dengan kerajaan negeri,” kata Wee.

PRK itu diadakan berikutan kematian bekas wakil rakyat kawasan itu Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Bebas Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023