Krisis PAS, Akibat Kerjasama Dengan Anwar – Dr Mahathir

mahathir-tambak-johor

Kemelut antara golongan ulama dan profesional yang melanda PAS harus diambil pengajaran oleh parti itu kerana ia hasil kerjasama mereka dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ini (masalah) adalah hasil kerjasama dengan Datuk Seri Anwar, sesiapa yang bekerjasama dengan dia akan hadapi masalah kerana dia suka memecahbelahkan,” katanya kepada pemberita pada Ahad.

Dr Mahathir berkata demikian ketika mengulas pergolakan yang berlaku dalam parti kedua terbesar orang Melayu itu yang jelas kelihatan pada Muktamar PAS ke-60 di Johor baru-baru ini.

“Penyokong-penyokong dia pun dia pecah belah…dia punya sejarah memang seperti itu. Dia masuk UMNO dia bawa masalah, dia buat Pakatan dia buat masalah,” katanya.

Katanya perkara itu sewajarnya menjadi pengajaran kepada PAS.

Pada sidang Muktamar PAS yang berakhir semalam, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi mesej jelas, agak sukar baginya menghulurkan salam perdamaian dengan Pakatan Rakyat selepas apa yang berlaku berhubung isu Menteri Besar di Negeri Selangor.

Malah ia jelas bermula dari muktamar sayap Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat di tiga tempat berasingan pada 16 dan 17 September dan seterusnya muktamar utama dari 18 hingga 20 September.

Awal-awal lagi Muktamar Pemuda di Kota Tinggi telah diwarnai dengan tindakan lebih 50 perwakilan yang keluar dewan semasa Timbalan Presiden PAS Mat Sabu berucap merasmikan muktamar itu kerana dipercayai memprotes gelagatnya buat kenyataan bercanggah dengan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Ini belum pernah berlaku dalam sejarah Muktamar PAS.

Lebih memburukkan keadaan apabila gambar Mat Sabu di papan besar mengalu-alukan kehadiran perwakilan ke muktamar di tepi sebatang jalan di Batu Pahat di sembur cat hitam.

Di muktamar utama semua wakil yang menyertai perbahasan menyentuh isu Menteri Besar Selangor dan gelagat pemimpin PAS yang lawan tauke condong kepada pendirian PKR dan DAP dalam isu itu.

Doa panjang selama lebih 20 minit yang dibacakan oleh wakil Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin menghentam puak ini termasuk Mat Sabu masa perbahasan dilihat sebagai kemuncak melepas rasa geram itu.

Ini ditambah dengan tindakan perwakilan boo terhadap Ahli Jawatankuasa Pusat, Hanipa Maidin yang cuba memberi rasional mengapa PAS tidak harus terima jawatan Menteri Besar Selangor.

Timbalan Musyridul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pula meminta difikirkan semula dan dikaji kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat.

Beliau antara lain menjelaskan Majlis Syura Ulama PAS telah menetapkan enam syarat berlandaskan Islam sebelum membuat keputusan untuk berkerjasama dengan PKR dan DAP.

Haron meminta semua pihak memperkasakan Majlis Syura Ulama dengan mematuhi dan mentaati keputusannya.

Kata-katanya itu dipercayai jelas merujuk kepada tindak tanduk beberapa pemimpin PAS yang membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama dalam isu Menteri Besar Selangor.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN