Akhbar Arab Saudi Nafi Laporan ‘The Independent’ Berkaitan Pemindahan Makam Rasulullah SAW

wpid-nakam-rasulullah.jpg

Beberapa akhbar Arab Saudi menafikan laporan yang disiarkan akhbar Britain ‘The Independent’ berhubung cadangan untuk memindahkan makam Nabi Muhammad SAW dari Masjid Nabawi di Madinah.

Arab News melalui berita dalam talian www.arabnews.com melaporkan bahawa penjaga dan penyelia Masjid Nabawi menafikan sekeras-kerasnya laporan The Independent itu.

Berita itu memetik Ahmed Al-Mansouri, jurucakap media bagi penjaga dan penyelia Masjid Nabawi pada Khamis sebagai berkata: “Ini adalah pendapat peribadi seorang penyelidik, yang menyuarakan pandangannya dalam satu kajian, dan tidak menggambarkan pandangan penjaga dan penyelia masjid ini mahupun kerajaan negara ini.”

Ahmed Al-Mansouri turut dipetik sebagai menggesa media dan penyelidik supaya mengelak daripada menyebar khabar angin yang menyentuh tempat suci yang penting.

Saudi Gazette dalam portal berita dalam talian www.saudigazette.com memetik Ahmed Al-Mansouri sebagai berkata penjaga dan penyelia Masjid Nabawi menegaskan laporan media berhubung makam Nabi Muhammad SAW dibuat berdasarkan pendapat peribadi seorang penyelidik semata-mata.

“Apa yang disebarkan dalam media tentang ruang yang menempatkan makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi mempunyai kaitan dengan kajian khas yang dijalankan oleh seorang penyelidik. Ia tidak mewakili sama ada pendapat penjaga dan penyelia masjid ini mahupun arahan daripada kerajaan, yang meletak kepentingan paling tinggi dalam mengekalkan kesucian masjid ini,” katanya.

Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada laporan berita The Independent Isnin lepas berkaitan dakwaan cadangan untuk memindahkan makam Nabi Muhammad SAW.

Laporan itu dibuat berdasarkan kajian oleh ahli akademik Arab Saudi Ali Al-Shabal, yang dimuatkan dalam sebuah penerbitan yang disiarkan bagi pihak penjaga dan penyelia masjid itu.

“Penyelidik dan pelbagai sumber media tidak seharusnya melibatkan diri dalam penerbitan laporan yang mewujudkan kekeliruan dan mencetuskan hasutan. Laporan seharusnya dibuat berdasarkan kebijaksanaan, objektiviti, kebenaran dan tidak ditokok-tambah terutamanya dalam perkara berkaitan masjid yang suci,” kata Ahmed Al-Mansouri yang dipetik Saudi Gazette.

Sementara itu Alarabiya dalam portal berita dalam talian alarabia.net memetik Timbalan Ketua Pengarang akhbar ‘Makkah’ Arab Saudi, Mowafaq al-Nowaysar dalam rencana khas akhbar itu pada Rabu yang menyebut bahawa akhbar berkenaan memuatkan artikel itu dalam edisi 25 Ogos dengan menyatakan terdapat gesaan supaya makam Rasullah SAW ‘diasingkan’, bukan dimusnahkan.

Beliau mendakwa The Independent memetik berita daripada akhbar itu dan tersilap menterjemahkannya.

Al Arabiya News turut memetik Omar al-Mudhwahi, wartawan Arab Saudi yang menulis laporan dalam akhbar Makkah bahawa beliau sedia memberi terjemahan tepat tentang kajian itu kepada The Independent.

“Saya pada mulanya menulis tentang cadangan itu selepas membaca satu kajian oleh ahli akademik Arab Saudi Dr Ali bin Abdulaziz al-Shabal dalam sebuah penerbitan yang disiarkan bagi pihak penjaga dan penyelia Masjid Nabawi,” beliau dipetik oleh Al Arabiya.

Sementara itu Al Arabiya News melaporkan Timbalan Editor Pengurusan akhbar The Independent, Will Gore memaklumkan kepada mereka pada Rabu bahawa akhbar Britain itu tidak peka dengan laporan Makkah seminggu sebelum itu.

“Maklumat bagi artikel kami dikemukakan untuk perhatian kami oleh ahli akademik Arab Saudi Dr Irfan al-Alawi, yang membaca sendiri hasil kerja Dr Ali bin Abdulaziz al-Shabal dan prihatin dengan kandungannya. Ia susulan daripada artikel The Independent sejak beberapa tahun kebelakangan ini berkaitan pendekatan pihak berkuasa Arab Saudi terhadap tapak bersejarah di Makkah dan Madinah,” kata Gore.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN