Tuanku Sultan Selangor Murka, Anggap Khalid Samad Biadap (video)

tuanku-sultan-selangor-murka-terhadap-khalid

SEPANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan kemurkaan baginda terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang sebelum ini mendesak supaya Majlis Agama Islam Selangor (Mais) tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu.

Khalid-samad-ceramah
Khalid Samad sebelum ini menggesa Kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Mais.

Menyifatkan wakil rakyat PAS itu bersikap biadap, baginda bertitah supaya Khalid yang bukan berasal dari Selangor supaya memahami sejarah negeri dan mendalami undang-undang yang terpakai di Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

“Kenyataan Khalid Samad itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan Mais yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu beta dalam menjalankan kuasa beta sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Selangor.

“Tindakan Khalid Samad mempersoalkan kuasa Mais seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa beta sebagai Ketua Agama Islam yang mendapat nasihat dari pihak Mais berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang,” demikian titah bagida.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian ketika berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Pekan Sepang pada Selasa.

Kemurkaan baginda itu dizahirkan berikutan kenyataan Khalid pada 17 Jun lalu yang menggesa Kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Mais.

Bercakap pada sidang media di bangunan Parlimen Jun lalu, Khalid dengan lantang mencadangkan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat supaya melakukan pindaan terhadap enakmen yang memberi kuasa eksekutif kepada Mais.

Selain itu baginda turut mengingatkan Khalid supaya lebih berwaspada sebelum membuat sebarang kenyataan khususnya membabitkan peranan Mais berkaitan agama Islam.

“Ini bukan kali pertama Khalid Samad telah mempersoalkan tentang isu berkaitan tentang kuasa eksekutif Mais dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk.

“Oleh itu beta menyeru kepada Khalid Samad agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa beta dan peranan MAIS di dalam menasihati beta mengenai agama Islam,” titah Sultan Sharafuddin.

Menerusi titah itu juga, Sultan Sharafuddin menegaskan Mais sentiasa menjamin hak dan kebebasan penganut agama lain seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Segala tindakan yang dilakukan Mais dan Jais adalah bagi memelihara kesucian agama Islam tanpa menggangu penganut agama lain dalam menganut agama mereka.

“Beta sekali lagi menegaskan kepada semua pihak bahawa jangan jadikan Islam sebagai modal politik.

“Kesucian Islam perlu sentiasa dipelihara. Sebagai orang politik seharusnya mereka lebih bertanggungjawab di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memastikan kesucian Islam dan perpaduan umat Islam di negara ini sentiasa terpelihara,” titah baginda.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN