Nazir Razak dilantik Pengarah di Khazanah, lepas jawatan CEO CIMB

nazir-razak
Nazir Razak

Khazanah Nasional Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Seri Nazir Razak sebagai Ahli Lembaga Pengarah berkuatkuasa 1 September ini.

Nazir yang ketika ini Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group, akan melepaskan jawatan itu pada 1 September ini dan menggalas tugas sebagai Pengerusi CIMB Group pada tarikh sama sejajar pelan peralihan kepimpinan kumpulan itu.

Nazir sudah berkhidmat selama 25 tahun di CIMB Group selepas menyertai jabatan kewangan korporat CIMB Investment Bank pada 1989.

Pada 1993, beliau ditukarkan ke cabang pembrokeran kumpulan itu yang mana beliau kemudian dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Eksekutif sebelum kembali ke CIMB Investment Bank sebagai Timbalan Ketua Eksekutif pada 1 Jun 1996.

Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Investment Bank pada 1 Jun 1999 dan sudah menjawat jawatan itu selama 15 tahun.

Di bawah kepimpinan Nazir, CIMB sudah berkembang menjadi antara Bank Universal ASEAN utama berikutan beberapa pengambilalihan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand.

Sementara itu, CIMB Group dalam satu kenyataan berasingan mengumumkan membuat pelarasan struktur kepimpinannya, yang mana sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang turut dipengerusikan Nazir akan ditubuhkan. Jawatankuasa itu akan memberi tumpuan kepada aspek strategik.

Mengikut CIMB, seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Group akan diumumkan setelah mendapat kelulusan kawal selia berkaitan.

Dalam pada itu, Nazir akan terus berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Presiden PT Bank CIMB Niaga dan Timbalan Pengerusi CIMB Bank dan akan dilantik sebagai Pengerusi CIMB Investment Bank berkuatkuasa 1 September ini.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hab helikopter Weststar di Melaka majukan industri aeroangkasa negara

Tarif: Trump tarik brek, saham AS melonjak; Bursa Malaysia melonjak 65 mata

Harga emas melonjak 3%, catat kenaikan terbesar dalam tempoh setahun setengah

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN