Ditipu Jurujual Online, Nur Syamimi Dapat Pengajaran Berguna

Nur Syamimi menarik nafas lega dengan keputusan TTPM yang mengarahkan jurujual terbabit mengembalikan semula wangnya.

JOHOR BARU: Seorang mahasiswi, Nur Syamimi Abd Shukor mendapat pengajaran berguna selepas ditipu dalam urusan tukar beli telefon bimbit Samsung Galaxy Note yang baru dipakainya selama seminggu kepada model terbaharu menerusi sebuah portal dalam talian.

Nur Syamimi, 22, membeli telefon bimbit tersebut pada Januari tetapi menyedari ia telefon pintar palsu dari Korea Selatan.

“Saya amat kecewa apabila jurujual menafikan dakwaan saya tetapi harapan kembali cerah selepas seorang lagi jurujual secara dalam talian yang mendakwa mengenali jurujual yang berurusan dengan saya sebelum ini sanggup menggantikan telefon bimbit itu.

“Dia berjanji menjual semula telefon bimbit tersebut untuk saya dan menggantikan ia dengan Samsung Galaxy Note II yang baharu dengan bayaran tambahan sebanyak RM500,” katanya kepada pemberita di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini, Selasa.

Nur Syamimi berkata jurujual kedua amat menyakinkannya. Jadi dia berhasrat membeli telefon pintar lain – model Lenovo S930 – untuk rakannya.

“Saya mengirim telefon pintar Galaxy Note itu kepadanya dan memasukkan wang deposit RM500 selain RM880 untuk telefon bimbit Lenovo pada Februari. Namun selepas itu, dia enggan menjawab panggilan atau mesej yang saya hantar,” katanya.

Selepas kes itu didengar, Presiden TTPM, Bernard John Kanny mengarahkan jurujual terbabit untuk mengembalikan kesemua wang berjumlah RM2,100 termasuk telefon pintar Samsung Galaxy Note kepada Nur Syamimi dalam tempoh 14 hari.

Jurujual tersebut tidak hadir semasa sesi pendengaran kes.

Dalam kes berasingan, TTPM menyerahkan semula wang sebanyak RM2,939 kepada L/Kpl Nurazyati Aini Aziz, 27, kerana menerima komputer riba rosak yang dibelinya dari sebuah kedai elektronik di Bukit Indah di sini, Julai tahun lalu.

Kpl Nurazyati berkata, selepas beberapa minggu digunakan, komputer tersebut tidak boleh mewujudkan sambungan Internet secara konsisten.

“Saya cuba menggunakan Internet tanpa wayar di beberapa lokasi termasuk capaian Internet berkelajuan tinggi, tetapi komputer tersebut akan menunjukkan sambungan ‘terhad’ selepas beberapa minit digunakan.

“Selain dihantar untuk dibaiki sebanyak tiga kali pada Ogos dan September tahun lalu dan Januari tahun ini, masalah sama masih berlaku,” katanya selepas selesai sesi pendengaran kes.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN