Masyarakat Antarabangsa Perlu Bersatu Hadapi Cabaran MH370 – Duta Jepun

MH370-duta-jepun

Pakar-pakar antarabangsa perlu menggemblengkan usaha bagi menghadapi cabaran menjejaki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata Duta Jepun di Malaysia Dr Makio Miyagawa.

Beliau berkata ini untuk mengelakkan berulangnya tragedi seperti ini yang belum pernah berlaku sebelumnya.

“Para jurutera dan pakar teknikal industri penerbangan harus bersatu untuk menghadapi cabaran susulan kehilangan MH370.

“Kami (Jepun) akan terus membantu dalam misi mencari dan menyelamat yang dilancarkan oleh Malaysia. Pagi tadi, dua lagi pesawat berlepas dari Subang ke Perth untuk meneruskan operasi bantuan,” kata Miyagawa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat kunjungan hormat ke atas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di bangunan Parlimen hari ini.

Ketika ditanya sama ada Jepun menetapkan tempoh tertentu untuk membantu Malaysia dalam misi mencari MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas, Miyagawa menjawab: “Saya fikir pesawat akan terus digunakan selagi kerajaan Malaysia memerlukannya.”

Mengenai pertemuannya selama setengah jam dengan Pandikar Amin, beliau berkata kunjungan itu adalah kesempatannya yang pertama selepas beliau menyerahkan watikah pelantikannya kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 31 Mac.

“Tujuan kunjungan adalah untuk bertanyakan perkabaran kepada Speaker Dewan Rakyat dan membincangkan pelbagai perkara tentang bagaimana kedua-dua negara menjalin hubungan lebih mesra dan erat,” kata beliau.

Miyagawa berkata semasa pertemuannya dengan Pandikar Amin, beliau mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih yang ikhlas atas bantuan rakyat dan kerajaan Malaysia apabila Jepun dilanda tsunami pada 2011.

“Saya juga melahirkan simpati kepada rakyat Malaysia semasa menghadapi keadaan yang sukar susulan kehilangan MH370,” katanya.

Sejak hari kelima operasi mencari dan menyelamat, Tokyo telah menghantar pasukan Bantuan Bencana Jepun (JDR) susulan permintaan Kuala Lumpur bagi bantuan untuk mencari MH370 yang hilang.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru, hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Operasi mencari yang disertai pelbagai negara dikerah bagi menjejaki pesawat, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koriror – koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand – dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Berdasarkan analisis terbaharu data satelit yang belum pernah dibuat sebelum ini, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan bahawa Penerbangan MH370 terbang melalui koridor selatan dan bahawa kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, tujuh belas hari selepas pesawat Boeing 777-200ER itu dilaporkan hilang bahawa Penerbangan MH370 telah “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Baru-baru ini, kapal pertahanan Australia, Ocean Shield mengesan dua isyarat akustik semasa menjalankan pencarian di selatan Lautan Hindi selepas mengesan isyarat yang sama pada Ahad sementara kapal China, Haixun 01, mengesan dua isyarat pada Jumaat dan Sabtu minggu lepas.

Isyarat itu adalah petunjuk baharu dalam usaha pencarian.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN