Nama Tun Abdullah Ahmad Badawi Dalam Senarai Pengawasan NSA – Akhbar Jerman

Abdullah Ahmad Badawi

BERLIN: Dokumen sulit yang didedahkan oleh akhbar Jerman, Der Spiegel pada Sabtu menunjukkan nama bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tersenarai di kalangan pemimpin yang dilaporkan menjadi sasaran Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA) untuk pengawasan.

Laporan itu bagaimanapun, tidak memberi apa-apa maklumat lanjut mengenai pengawasan terhadap bekas perdana menteri Malaysia itu.

Lebih 100 nama pemimpin-pemimpin asing tercatat dalam senarai tersebut.

Satu siri fail dari arkib yang diberikan kepada pemberita oleh pemberi maklumat NSA, Edward Snowden, yang turut dilihat oleh Intercept, mendedahkan bahawa antara nama dalam senarai NSA itu termasuklah Canselor Jerman, Angela Merkel.

Dokumen-dokumen itu juga buat kali pertama mengesahkan bahawa pada bulan Mac 2013, NSA mendapat perintah mahkamah rahsia terhadap Jerman sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan AS untuk memantau komunikasi yang berkaitan dengan negara itu.

Der Spiegel, pada Oktober lalu menerbitkan cerita bahawa panggilan telefon bimbit Merkel telah dipantau oleh NSA, mencetuskan tindak balas diplomatik yang tegang terhadap hubungan AS-Jerman.

Merkel dilihat telah diletakkan di bawah NSA itu yang dipanggil ‘Target Knowledge Base’ yang Der Spiegel gambarkan sebagai pangkalan data agensi pusat terhadap individu sasaran.

Keterangan dalaman NSA menyatakan bahawa pekerja boleh menggunakannya untuk menganalisis ‘profil lengkap’ orang yang disasarkan.

Sistem carian NSA yang dinamakan Nymrod menunjukkan Merkel disenaraikan bersama Bashar al -Assad dari Syria.

Hanya 11 nama yang ditunjukkan pada dokumen itu, dengan Abdullah Badawi mendahului senarai.

Senarai ini mengikut susunan abjad, tetapi senarai penuh mengandungi 122 nama, kata Der Spiegel.

Nama-nama lain dalam senarai itu termasuk Alexander Lukashenko (Belarus)dan Alvaro Uribe (Columbia).

NSA menggunakan sistem Nymrod untuk ‘mencari maklumat berkaitan sasaran yang sukar dikesan’ menurut dokumen dalaman NSA.

Nymrod mendapat laporan rahsia berdasarkan komunikasi yang dipintas serta transkrip penuh yang difaks, panggilan telefon dan komunikasi yang dikumpul dari sistem komputer.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Caitlin Hayden memberitahu The Intercept bahawa pentadbiran Obama “tidak memantau dan tidak akan memantau komunikasi Canselor Merkel.”

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan bahawa pengawasan yang telah berlaku pada masa lalu dan enggan mengulas menganai intipan terhadap para pegawai kanan Jerman masih diteruskan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN