Selangor Lubuk Penyakit Vektor?

PBT gagal mengangkat sampah berhari-hari, masyarakat dituduh tiada kesedaran

Jika anda tinggal di mana-mana bandar besar di Selangor, masalah pengangkutan sampah dan pengurusan kebersihan merupakan masalah utama yang menjadi barah di dalam masyarakat di sini. Walaupun telah ditegur banyak kali namun tiada tindakan yang telah diambil dari pihak berwajib. Terutamanya dari pihak berkuasa tempatan (PBT).

Contoh utama yang dapat dilihat adalah di Bandaraya Shah Alam, Selangor. Walaupun merupakan ibu negeri bagi Selangor, Shah Alam berhadapan dengan masalah serius yang boleh mengundang kepada kematian. Shah Alam adalah “lubuk” kepada penyakit Denggi. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibawah kendalian Jabatan Penyakit Vektor, pada tahun 2012 hingga 2013, Shah Alam mencatatkan jumlah pesakit Denggi antara yang tertinggi di Malaysia. Malah, boleh dikatakan majoriti kawasan di Shah Alam adalah kawasan hitam (black area) bagi penyakit Denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Pada tahun 2013 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang terpaksa menampung ratusan pesakit Denggi dan Denggi berdarah. Ini melangkau kemampuan hospital tersebut sehinggakan para pesakit terpaksa dipindahkan pula ke Hospital Sungai Buluh, Selangor.

Itu belum lagi dikira dengan penyakit vektor lain seperti kencing tikus dan lain-lain. Negeri Selangor tetap menjadi juara di dalam statistik pesakit dan tiada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Selangor untuk membasmi secara langsung penyakit tersebut. Apa yang terjadi bukan kerana ketidakcekapan tetapi ianya terjadi apabila pemantauan tidak dilakukan oleh para pemimpin. Mungkin juga pihak berkuasa tempatan generasi Pakatan Rakyat lebih menitik beratkan dengan aspek menyaman rakyat yang melakukan kesilapan daripada membantu rakyat untuk terus hidup selesa di negeri ini.

Memang benar, apa yang terjadi di sini sebahagiannya adalah disebabkan tindakan penduduk sendiri yang tidak mempunyai kesedaran dalam menjaga alam sekitar di sekeliling mereka. Namun begitu, apa yang pasti kegagalan pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan fasiliti dan kempen yang mencukupi perlulah ditangani dengan segera. Bukankah telah dilantik Ahli Majlis di setiap kawasan untuk mewakili penduduk yang sedia ada, tidakkah ahli majlis yang kesemuanya adalah ahli parti yang memerintah negeri terlalu lalai untuk membangkitkan perkara ini kepada PBT?

Ataupun, pihak berkuasa tempatan yang asyik sibuk menyaman dan menaikkan denda sehingga gagal memahami tugas asal mereka untuk memastikan keadaan alam sekitar di kawasan jajahan mereka bersih dan sihat untuk didiami. Untuk makluman bagi mereka yang bukan penduduk di Negeri Selangor, selepas kejatuhan Barisan Nasional pada tahun 2008, seluruh kuasa dan bidang tugas telah diambil oleh para ahli politik Pakatan Rakyat. Tiga tahun selepas kemenangan mereka di Selangor mereka tetap menyalahkan kerajaan Barisan Nasional diatas setiap masalah yang diajukan oleh rakyat.

Kini sudah hampir 6 tahun Negeri Selangor Darul Ehsan telah ditadbir oleh mereka, apakah masih lagi salah Barisan Nasional sekiranya Pakatan Rakyat gagal dalam mentadbir negeri ini? Ataupun rakyat negeri Selangor telah selesa dengan pemerintahan Pakatan Rakyat yang lebih suka menternak nyamuk daripada menjalankan tugas sebagai pemimpin? Apa pun jawapannya, kini negeri Selangor telah menjadi juara kepada penyakit vektor dan masalah alam sekitar yang amat kronik. Tahniah diucapkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat kerana berjaya merosakkan alam sekitar dan menambah lagi statistik kematian rakyat Selangor selama mana mereka telah memerintah negeri ini.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN