Tiada Penemuan Akan Dikeluarkan Sehingga Siasatan Selesai – KPN #MH370

MH370-khalid-bakar-250414-gs

Polis tidak akan mengeluarkan sebarang penemuan siasatan ke atas para penumpang dan krew pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang secara misteri di Lautan Hindi, kerana ia akan menjejaskan siasatan yang sedang berjalan.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tumpuan siasatan kepada empat perkara — rampasan, sabotaj, masalah psikologi dan peribadi tetap tidak berubah.

Beliau berkata dalam sidang akhbar harian mengenai perkembangan siasatan MH370 di sini Selasa yang turut dihadiri pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Khalid berkata, siasatan terhadap simulator milik juruterbang pesawat itu Kapten Zaharie Ahmad Shah masih berjalan dan pihaknya masih menunggu laporan daripada penyiasat luar negara.

Sebelum ini, Khalid memaklumkan maklumat yang dipadamkan dalam simulator milik Zaharie adalah data log daripada tiga jenis permainan penerbangan dan dipercayai dipadamkan pada 3 Februari lepas.

Simulator itu diambil pada 16 Mac lepas dari rumah Zaharie di Shah Alam untuk dibawa ke Bukit Aman dan diperiksa.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN