#MH370: Australia Teruskan Operasi SAR Di Lautan Hindi Hari Ini

Pesawat Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Orion AP-3C berlepas dari pangkalan RAAF di barat Australia untuk misi mencari pesawat MH370 yang hilang.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines MH370 di selatan Lautan Hindi pada Khamis ditangguhkan, kata Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 2300 Waktu Siang Timur Australia (AEDT), (kira-kira 8 malam Malaysia), AMSA menyatakan operasi SAR itu akan diteruskan pada Jumaat.

“AMSA mengerahkan empat pesawat ke kawasan seluas 23,000 kilometer padu yang terletak kira-kira 2,500 kilometer dari barat daya Perth berikutan pencerapan imej satelit oleh Pertubuhan Risikan Geospatial Australia pada pagi Khamis,” katanya.

Pesawat yang terlibat dalam usaha itu ialah dua pesawat AP-3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia, sebuah pesawat P8 Poseidon milik Tentera Laut Amerika Syarikat dan sebuah pesawat P-3K2 Orion milik Tentera Udara Diraja New Zealand bersama-sama dengan pesawat C-130J Hercules RAAF.

AMSA menyatakan sebuah kapal dagang tiba di kawasan carian itu pada petang Khamis dan sebuah lagi kapal dagang sedang menuju ke kawasan itu.

“Sejumlah enam kapal dagang membantu dalam pencarian ini sejak makluman perkapalan disiarkan pada malam Isnin. Kapal HMAS Success milik Tentera Laut Diraja Australia juga sedang menuju ke kawasan pencarian itu,” kata AMSA.

Imej berkenaan dicerap pada Ahad namun, berikutan banyaknya imej yang dicari serta proses pemerincian analisis, maklumat itu hanya dibawa ke perhatian AMSA pada pagi Khamis, kata lembaga itu dalam kenyataan yang dimuat turun daripada laman webnya www.amsa.gov.au Khamis.

“Imej-imej ini telah dinilai sebagai boleh dipercayai tetapi ia juga mungkin tidak berkaitan dengan pencarian ini,” kata AMSA.

Pada Khamis, Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata imej satelit itu mencerap dua objek yang mungkin berkaitan dengan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370.

Pesawat Boeing 777-200ER itu yang membawa 239 orang, berlepas ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac lepas dan hilang sejak itu, yang kini masuk hari ke-13.

Awal hari Khamis, AMSA menyatakan pesawat AP-3C Orions milik Tentera Udara Diraja Australia yang pertama tiba di lokasi berkenaan, gagal mengesan dua objek itu berikutan cuaca buruk yang mengehadkan jarak penglihatan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN