Polis Siasat Jurutera Yang Mungkin Ada Kaitan Tugas Dengan #MH370

M370-MAS-Jurutera

Polis sedang menyiasat para jurutera pesawat yang mempunyai kaitan tugas dengan kehilangan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebelum pesawat itu berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, Sabtu lepas.

“Sebagai prosedur biasa, polis sedang menyiasat semua anak kapal dan penumpang MH370 serta jurutera,” kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataan di sini Ahad.

Pesawat jenis Boeing 777-200ER dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi Sabtu.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Sehingga ini, nasib penumpang dan anak kapal belum diketahui berikutan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan oleh beberapa negara masih belum menemui pesawat tersebut.

Mengenai operasi SAR, Hishammuddin berkata pegawai Malaysia sedang meminta bantuan daripada 15 buah negara di dua koridor iaitu Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor selatan dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Beliau berkata negara-negera berkenaan ialah Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia, Australia dan Perancis.

“Pegawai Malaysia sedang berbincang dengan semua rakan kongsi cara terbaik untuk menggunakan aset di sepanjang dua koridor tersebut,” katanya.

Hishammuddin berkata perbincangan tersebut termasuk meminta negara-negara berkenaan terus menyediakan bantuan carian pesawat itu seperti data satelit dan analisis, keupayaan carian di darat, data radar serta aset maritim dan udara.

Pada Sabtu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penerbangan MH370 menyimpang daripada laluan asalnya menuju ke Beijing dan kemudian terbang ke arah barat Semenanjung Malaysia sebelum membelok ke arah barat laut.

Komunikasi terakhir pesawat dengan satelit berlaku di satu daripada dua koridor – utara atau selatan.

Berhubung tindakan polis memeriksa rumah juruterbang pesawat MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, 27, di Shah Alam semalam, Hishammuddin berkata penyiasat sedang memeriksa simulator penerbangan milik Kapten Zaharie di rumahnya.

“Kami memohon orang awam supaya jangan membuat kesimpulan berhubung siasatan polis ini,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN