Selangor dibanjiri ratusan rumah urut

DR. Clara Chee (tengah) bersama ahli jawatankuasa NGO Wanita, Chong Moi Heong (kanan) dan Kwek Poh Choo pada sidang akhbar mengenai kewujudan rumah urut di Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor, semalam.

PETALING JAYA 1 Julai – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita di Selangor hari ini mendakwa terdapat ratusan pusat-pusat urut yang tumbuh bagai cendawan di negeri ini, sehingga merebak ke kawasan penempatan setinggan sejak kebelakangan ini.

Dakwaan itu sekali gus mempertikaikan kenyataan yang dikeluarkan kerajaan negeri Selangor baru-baru ini bahawa mereka hanya mengeluarkan sebanyak 60 lesen kepada pusat urut di seluruh negeri itu.

Lebih membimbangkan, trend terbaru menunjukkan golongan belia belasan tahun sudah mula berjinak-jinak mengunjungi pusat-pusat urut berkenaan yang dipercayai turut menawarkan khidmat seks.

Wakil NGO yang juga merangkap Presiden Persatuan Terapi Kecantikan Malaysia, Profesor Dr. Clara Chee mendakwa, di kawasan Pandan Indah sahaja, terdapat lebih 80 pusat urut.

“Berdasarkan pemerhatian kami juga, lebih 200 pusat urut beroperasi di Klang selain berpuluh-puluh lagi wujud di Kuchai Lama, Damansara dan Ampang Jaya.

“Persoalan yang timbul, sekiranya hanya 60 lesen dikeluarkan pihak kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), ini bermakna lebih banyak pusat urut beroperasi secara haram di Selangor.

“Malah, kami turut menerima aduan ibu bapa bahawa anak-anak mereka berusia belasan tahun pernah mengunjungi pusat-pusat urut tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini, bersama wakil-wakil NGO seperti Badan Amal Wanita Petaling Jaya, Pertubuhan Hua Zhong, Pertubuhan Hindu Sangam, Persatuan Wanita Kwang Tun, Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan Ampang dan Persatuan Pembangunan Kerjaya Malaysia.

Dalam pada itu, Presiden Badan Amal Wanita Petaling Jaya, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah pula mendakwa, pusat-pusat urut berkenaan telah diserbu beberapa kali kerana membabitkan pekerja-pekerja asing yang menyalahgunakan pas, bagaimanapun ia dikesan beroperasi semula beberapa hari kemudian.

“Menurut aduan orang ramai, pekerja-pekerja asing tersebut yang kebanyakan datang dari China menggunakan pas pelajar untuk masuk ke negara ini, bagaimanapun menyalahguna pas tersebut dengan bekerja sebagai tukang urut atau pelacur.

“Pusat-pusat urut tersebut turut tumbuh bagai cendawan di kawasan-kawasan perumahan kos murah dan setinggan dengan menawarkan perkhidmatan serendah RM30,” katanya.

Katanya lagi, keadaan sedemikian mengakibatkan masalah sosial semakin serius, tambahan pula ramai keluarga terjejas akibat kegiatan haram di pusat urut berkenaan.

“Golongan suami dilihat semakin ‘ketagih’ untuk mendapatkan khidmat di pusat berkenaan sehingga menjejaskan sumber kewangan keluarga,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta satu tindakan tegas pihak berwajib untuk mengkaji semula syarat-syarat pengeluaran lesen bagi pusat urut dalam menangani isu berkenaan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN