Anwar Tak Layak Jadi MB – Dr Mahathir

Dr Mahathir Mohamad (kanan) bersama Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Dr Rais Yatim (kiri) melihat pameran sebelum menyampaikan ucaptama pada majlis pelancaran 'Tun Dr Mahathir PGPE Chair for Global Peace' di UIAM Gombak
Dr Mahathir Mohamad (kanan) bersama Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Dr Rais Yatim (kiri) melihat pameran sebelum menyampaikan ucaptama pada majlis pelancaran ‘Tun Dr Mahathir PGPE Chair for Global Peace’ di UIAM Gombak

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor kerana perjuangan Anwar hanyalah untuk menjadi perdana menteri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya fikir dia (Anwar) tak layak (jadi Menteri Besar), dia tubuh satu parti semata-mata untuk nak tentukan dia jadi perdana menteri, bukan nak berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air.

“Di mana-mana dia berjuang pun cuma untuk jadi perdana menteri, masuk dalam Umno (dulu) pun pasal nak jadi perdana menteri, bukan nak berjuang untuk Umno,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kursi Keamanan Global Tun Mahathir Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini Selasa.

Turut hadir Presiden UIAM Tan Sri Dr Rais Yatim.

Dr Mahathir, yang juga Presiden PGPF, berkata beliau juga ‘takut’ rakyat Selangor tidak akan selamat jika Anwar menjadi Menteri Besar negeri itu.

“Sudah tentulah saya berasa takut sebab rakyat tidak akan selamat, kakitangan tidak akan selamat dengan kehadirannya, anda lihat apa yang berlaku kepada kakitangannya? Dia akan lebih dipengaruhi kebebasan untuk berbuat apa yang disukainya.

“Dia fikir sebagai perdana menteri, mungkin dia tidak dapat disentuh undang-undang, anda bukan tidak dapat disentuh undang-undang, jika anda melakukan perbuatan yang salah, (atau jika) anda tidak bermoral, kerajaan akan mengambil tindakan ke atas anda,” katanya.

Anwar yang mengumumkan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23 Mac ini – dikatakan akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor jika memenangi PRK itu.

Sementara itu, Dr Mahathir menafikan dakwaan bahawa beliau bersifat anti-hadis hanya kerana beliau merasmikan sebuah seminar berkaitan karyawan dan bekas aktivis politik, Kassim Ahmad, yang sering dilabel sebagai orang yang tidak percaya kepada hadis.

“Saya pun dilabel sebagai anti-Cina, rasis dan macam-macam walaupun saya berkata perkara yang benar. Jadi inilah apa yang dialami Kassim, apa saja dia perjelas pun (dianggap) anti-hadis.

“Saya tak fikir Kassim anti-hadis, dia macam orang Islam lain,” katanya.

Ditanya tentang permintaan kerajaan negeri Johor supaya kerajaan Pusat membincangkan tentang harga air mentah yang dibekalkan kepada Singapura dalam mesyuarat bersama kedua-dua negara pada masa depan, Dr Mahathir berkata harga air mentah itu patut dinaikkan.

“Jika mereka tidak menaikkan harga air, maka mereka sudah tentu begitu tolol sekali, sebab mereka tidak memperoleh apa-apa pun,” katanya.

Mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 1961 dan 1962, Public Utilities Board (PUB) Singapura membeli air mentah daripada Johor pada kadar tiga sen bagi setiap 1,000 gelen.

Singapura sebaliknya menjual air terawat kepada Johor pada kadar harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.

Terdahulu, Rais yang melancarkan Kursi Keamanan Global Tun Mahathir, berkata Kursi itu akan menyediakan wadah untuk memperluaskan pengetahuan, pengalaman amali dan kecekapan bagi cendekiawan serta pengamal, yang terlibat dalam pembinaan keamanan dan bantuan kemanusiaan.

“Kursi itu akan turut memberi tumpuan kepada penyelidikan khusus ke atas keamanan global merangkumi aspek dasar dan perundangan, selain isu berkaitan jenayah perang,” katanya.

Profesor Johan Galtung, yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai ‘bapa Kajian Keamanan’ diumumkan sebagai penyandang pertama Kursi itu pada majlis berkenaan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN