Saya menteri luar paling hebat jika boleh sekat Anwar – Anifah Aman

Senator Carr-Anifah-aman

Dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan, khususnya Wisma Putra mendalangi kejadian beliau dilarang memasuki Jepun adalah tidak berasas dan tidak masuk akal.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, setiap negara termasuk Jepun mempunyai kedaulatan dan hak untuk memberi kebenaran atau menafikan mana-mana individu masuk atau keluar ke negara masing-masing.

“Keputusan itu adalah perogatif pihak berkuasa atau kerajaan sebuah negara berdaulat mengikut undang-undang negara berkenaan. Keputusan tidak mengizinkan seseorang warga asing masuk seperti yang berlaku ke atas Datuk Seri Anwar tidak mungkin boleh dipengaruhi mana-mana kuasa luar atau asing,” kata Anifah dalam sidang media di ibu negara petang Isnin.

Menurut Anifah, sebagai menteri luar, beliau tahu bidang kuasa dan peranannya dalam konteks menjaga hubungan diplomatik serta pelbagai hala antara Malaysia dengan semua negara sahabat.

Katanya, percubaan untuk mengarah atau mempengaruhi mana-mana negara untuk menghalang individu seperti Anwar masuk ke negara berkenaan adalah biadap dan keterlaluan.

“Jika saya selaku menteri luar Malaysia mampu meminta atau  mempengaruhi Tokyo atau mana-mana kerajaan asing untuk berbuat demikian memang sangat besarlah kuasa saya dan jelas saya tentunya seorang menteri luar paling berpengaruh di di dunia,” kata Anifah sinis mengulas dakwaan Anwar.

Anifah menjelaskan, undang-undang Jepun membolehkan pihak imigresen negara itu menafikan kemasukan atas sebab antara lainnya jika individu berkenaan pernah disabitkan kesalahan jenayah, berada dalam senarai orang yang diburu, atau maklumat risikan menyenaraikan individu terbabit sebagai pengganas atau ancaaman keselamatan terhadap negara itu.

“Bagaimanapun saya tidak tahu kenapa Anwar dinafikan kebenaran masuk, kerajaan Jepun juga tidak bertanggungjawab untuk memberi penjelasan kepada saya mengenai punca Anwar dihantar pulang.

“Malah saya juga tidak tahu mengenai bila dan kenapa Anwar ke Tokyo selain tidak berminat dan bukan tanggungjawab saya mengawasi pergerakan ketua pembangkang itu,” jelas beliau lagi.

Anwar, kata Anifah, selaku bekas timbalan perdana menteri dan anggota Kabinet kerajaan Malaysia sepatutnya arif mengenai prosedur serta protokol hubungan antarabangsa, justeru tindakan beliau yang seolah mmelatah membuat tuduhan melulu mempersalahkan kerajaan jelas tidak matang serta tindakan terdesak bagi menutup malu diusir pulang.

Anifah turut memberikan contoh mengenai Senator Australia, Nicholas Xenophon yang dinafikan kebenaran masuk ke negara ini pada Februari 2013.

Anifah berkata, dalam kes Xenophon pihak berkuasa Imigresen Malaysia, Wisma Putra dan Kerajaan tidak perlu membuat penjelasan atau tunduk  kepada tekanan mana-mana pihak di Australia.

“Dan saya tentunya merasa jengkel jika ada pihak di Australia cuba mengarah, mempengatruhi atau campurtangan dalam  bidang kuasa perundangan negara kita yang merdeka dan berdaulat ini,” katanya.

Anwar dilapurkan terkandas di Lapangan Terbang Narita, Jepun setelah dihalang masuk dan diarah balik dengan pesawat pertama ke Malaysia atas alasan rekod Imigresen Jepun.

“Ekoran saya terus menuntut penjelasan, mereka akhirnya memberitahu terpaksa mengambil langkah itu ‘kerana laporan terkini’ kemungkinan pada 2013,” kata Anwar yang berkata beliau sendiri tak pasti mana laporan mana yang dimaksudkan.

Beliau kemudian mengambil pesawat keluar pada jam 10.45 pagi waktu Tokyo.

Justeru, beliau mendesak Wisma Putra menjelaskan perkara itu, terutamanya berhubung “laporan terkini” yang menyebabkan beliau dilarang.

“Rekod-rekod seperti kes mahkaamah dan sebagainya adalah dokumen awam yang boleh diakses sesiapa sahaja. Bukan kerja menteri luar atau Wisma Putra untuk menyenaraikan segala kesalahan dan aktiviti Anwar untuk diposkan kepada semua kerajaan di dunia,” kata Anifah lagi.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN