SOP supaya JAIS ikut telunjuk kerajaan PR

Kalimah-Allah-Sultan-Selangor

Seperti diduga, kerajaan pakatan di Selangor tidak tunggu lama untuk  mengemaskini Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlu memaklumkan terlebih dahulu tindakan penguatkuasaan  kepada kerajaan negeri.

Menurut Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, apa juga tindakan yang bakal diambil JAIS akan melalui perbincangan bersama melibatkan pihak kerajaan negeri, JAIS dan juga Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“SOP itu termasuk semua tatacara, maknanya termasuk kalau ada perkara yang sensitif kita akan ambil kira, bukan sahaja undang-undang dan juga akibat, takut ia diputar belit.

“Exco Agama juga bukan sahaja perlu dapatkan kebenaran, tetapi Exco juga harus memantau JAIS supaya tidak ada salah faham dan juga salah lapor.

“Kerajaan Negeri, MAIS dan JAIS untuk memastikan penguatkuasa akan datang dijalankan secara tertib dan bertanggungjawab.

“Perbincangan melibatkan tiga pihak ini akan diadakan bagi mengambil kira sensitiviti penganut agama-agama,” katanya, pada Rabu .

Keputusan merombak SOP JAIS ini ekoran pemeriksaan pihak berkuasa agama itu di pejabat Persatuan Bible Malaysia baru-baru ini yang mencetuskan bantahan pihak terbabit.

Dengan arahan baru ini, kerajaan pakatan menguatkan cengkaman terhadap JAIS demi menjaga kepentingan politik mereka kerana khuatir akan hilang pengaruh jika pihak berkuasa agama itu bertindak demi menegakkan undang-undang Islam membabitkan kesalahan dilakukan penganut agama lain.

Ini bermakna serbuan JAIS terhadap pusat-pusat hiburan yang menjual minuman keras kepada pelanggan Melayu juga perlu mendapat kelulusan Exco Agama dan kerajaan negeri.

Khalid berkata, hanya serbuan terhadap mereka yang tidak berpuasa sahaja dikecualilkan SOP tersebut.

Apakah dengan mengekang kuasa JAIS ini bermakna pihak berkuasa di bawah MAIS itu akan berdiam diri dan mengikut telunjuk kerajaan negeri sahaja?

Ini pasti bakal mengundang pelbagai persepsi dan rakyat kini boleh menilai wajah sebenar pemerintah pakatan rakyat yang bertindak hanya untuk kepentingan politik mereka sahaja.

Difahamkan, MAIS akan mengeluarkan kenyataan rasmi pada Khamis mengenai tindakan JAIS sebelum ini dan arahan SOP terbaru kerajaan negeri.

Khalid barangkali terlupa bahawa sebelum beliau memutuskan perkara ini, beliau sepatutunya berunding terlebih dahulu dengan MAIS setidak-tidaknya untuk mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN