Pendapatan industri pelancongan catat peningkatan

vmy-2014

Pendapatan indsutri pelancongan mencatatkan peningkatan 7.2 peratus dengan nilai RM103.3 bilion tahun lalu dalam menjana ekonomi Malaysia kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, dari perspektif makro pula, industri pelancongan berjaya mencatatkan 12.5 peratus di dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga menyaksikan sebanyak 2.1 juta peluang pekerjaan diberikan yang menyumbang kepada 16.4 peratus jumlah pekerjaan pada 2012.

“Dengan hasil impak terbaik pelancongan tadi, saya amat berharap ia menjadi motivasi dan seruan kepada kita semua untuk memberikan yang hebat kepada semua pelancong yang melawat negara kita semasa program Tahun Melawat Malaysia 2014 (VMY2014).

“Untuk mencapai keinginan ini, kita harus bertanyakan kepada diri kita adakah kita sudah bersedia untuk menjadi penganjur hebat dan mesra pelancong?

“Adakah kita sudah bersedia untuk memberikan produk-produk inovatif dan baharu yang memberikan kemudahan terbaik kepada pelancong?

“Adakah kita bersedia untuk memperbaiki dan memberikan perkhidmatan kualiti tinggi dan adakah kita bersedia untuk meningkatkan kolaborasi dalam wawasan untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terkemuka dunia?

“Jawapan bagi semua pertanyaan tadi perlulah ‘Ya’,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian VMY2014 di Dataran Merdeka di sini malam tadi.

Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz.

Muhyiddin turut berkata, sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa, budaya dan tradisi perlulah menghormati pelancong yang menjadikan Malaysia sebagai negara yang mereka lawati.

“Sebagai rakyat Malaysia, setiap dari kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan pelancong asing diraikan dengan rasa hormat dan budi bahasa.

“Menjadi penganjur terbaik akan mencerminkan budaya dan tradisi kita,” katanya.

Malah tambah Muhyiddin, kita mampu menjadi penganjur yang hebat hanya dengan mengutarakan ‘Hello’, ‘Welcome to Malaysia’ sehinggalah ke ‘Can I help you with your luggage’ dan memberikan maklumat tepat kepada mereka mengenai pelbagai tempat menarik yang ada di negara ini,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hab helikopter Weststar di Melaka majukan industri aeroangkasa negara

Tarif: Trump tarik brek, saham AS melonjak; Bursa Malaysia melonjak 65 mata

Harga emas melonjak 3%, catat kenaikan terbesar dalam tempoh setahun setengah

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN