2013 – Tragedi Kemalangan Bas Genting Highlands Terburuk Sepanjang Tahun

bas-persiaran-genting-jatuh-gaung

Kemalangan bas di Genting Highlands pada Ogos lepas mencatat sejarah sebagai kemalangan jalan raya paling buruk pernah berlaku di kawasan itu dalam tempoh 17 tahun di negara ini.

Tragedi itu mengorbankan 37 orang apabila bas ulang-alik Genting Highlands ke Kuala Lumpur yang dinaiki 53 orang terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM 3.5 Jalan Genting Highlands, pada 21 Ogos.

Semasa kejadian kira-kira pukul 2.45 petang, bas tersebut sedang menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan itu ke ibu kota.

Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia mendapati beberapa faktor yang menyebabkan kemalangan itu, antaranya bas dipandu laju melebih 50 kilometer sejam ketika menuruni kawasan bukit, selain brek tidak cekap berfungsi.

Operasi membantu dan menyelamat yang dilaksanakan lebih 150 anggota bomba serta beberapa lagi agensi dilihat sebagai antara operasi paling cemerlang dan teratur kerana dapat diselesaikan dalam tempoh singkat.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata dalam tempoh enam jam, petugas berjaya menyelamat dan membawa keluar 16 mangsa yang cedera.

Tragedi bot karam di Sungai Rejang Sarawak pada 28 Mei semasa musim perayaan Hari Gawai turut menyentuh perasaan rakyat negara ini apabila bot ekspres yang sarat dengan lebih 100 penumpang terbalik.

Tiga penumpang maut, manakala selebihnya terselamat setelah mereka berjaya berenang ke tebing sungai dan diselamatkan penduduk rumah panjang berhampiran tempat kejadian setelah bot yang mengalami masalah enjin, terlanggar sebatang balak yang hanyut dan karam semasa menyusuri Sungai Rajang, Sarawak dekat Jeram Giam.

Pada 6 Jun pula, empat maut apabila Perodua Kelisa yang dinaiki mereka, dihempap runtuhan sebahagian rangka susur masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang. Runtuhan terbabit dianggarkan seberat 200 tan dan sepanjang 50 meter.

jambatan-ke2-pulau-pinang-runtuh-5

Menurut laporan awal, ketidakstabilan besi penyokong pada struktur pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dipercayai menjadi punca struktur itu runtuh. Di Kudat, dua maut dan 16 lagi cedera apabila pesawat Twin Otter MASWings yang terhempas semasa mendarat telah terkeluar dari landasan lapangan terbang lalu merempuh sebuah rumah di kawasan itu pada 10 Okt.

maswing-terhempas-kudat-3

Pesawat yang dinaiki 18 orang itu terhempas di Kampung Sinsan, mengakibatkan pembantu juruterbang dan seorang penumpang mati, enam penumpang cedera manakala 10 orang lagi diberikan rawatan pesakit luar di Hospital Kudat.

Pada 23 Okt, ketenangan di Cameron Highlands terganggu apabila banjir lumpur dan tanah runtuh di Bertam Valley, Cameron Highland meragut nyawa tiga orang, seorang dilaporkan hilang manakala seorang cedera selain 80 buah rumah serta kira-kira 100 kenderaan musnah.

Sungai-Bertam-Cameron-Highland-1

Kejadian itu berlaku selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) selaku pengendali empangan hidroelektrik Sultan Abu Bakar di Ringlet, terpaksa melepaskan air bagi mengelakkan empangan itu pecah berikutan hujan lebat berterusan sejak 22 Okt.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata pelepasan pertama air empangan dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi, menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat.

Dalam pada itu, TNB menjelaskan pelepasan air menerusi alur limpah di empangan Sultan Abu Bakar dibuat mengikut prosedur operasi yang ditetapkan.

Pada 30 Okt, tiga jemaah yang baru pulang daripada menunaikan ibadah haji maut manakala tiga parah, apabila van yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Lebuhraya Pantai Timur.

Tiga Jemaah Baru Pulang Menunaikan Haji Maut Di LPT

Pada awal Disember, tiga maut dan lebih 40,000 penduduk di Pahang dan Terengganu terpaksa menghuni pusat pemindahan akibat banjir berikutan hujan luar biasa sejak 30 tahun lepas.

Keadaan itu diakui Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, anak kelahiran Kemaman, yang menyifatkan fenomena banjir kali ini sebagai luar biasa berikutan sukatan air hujan melebihi had sukatan biasa.

Kejadian banjir itu turut menyebabkan kira-kira 1,072 buah pencawang elektrik di beberapa daerah negeri Pahang ditenggelami air menyebabkan TNB menghentikan bekalan elektrik membabitkan 62,907 pengguna.

Air dah sampai leher Fuziah Salleh

TNB juga menghentikan operasi lebih 382 pencawang elektrik di Pahang dan Terengganu berikutan banjir yang melanda kedua-dua negeri itu, menyebabkan dianggarkan 19,356 pengguna mengalami gangguan bekalan elektrik.

Banjir itu bagaimanapun dalam satu sudut ‘berjaya’ menyatupadukan rakyat Malaysia apabila semua tanpa mengira bangsa, agama dah fahaman politik turut menyumbang tenaga, wang ringgit kepada mangsa banjir.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bantuan khas berjumlah RM500 kepada mangsa banjir.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN