Polis bantuan tembak adik kekasih dipercayai akibat cinta terhalang

tembak-abang-kekasih-kajang

Akibat berang apabila cintanya tidak direstui keluarga teman wanitanya, seorang anggota polis bantuan melepaskan lima das tembakan yang mencederakan adik lelaki kekasihnya dalam satu kejadian di Taman Megah, Kajang, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian 8 pagi itu, anggota polis itu telah datang ke rumah kekasihnya berumur 26 tahun untuk berbincang hal pertunangan mereka tetapi dikatakan dihalang oleh adik lelaki wanita itu yang berumur 25 tahun daripada memasuki rumah keluarga itu.

Menurut kakak sulung mangsa, berikutan itu, berlaku pertengkaran antara suspek dengan mangsa sebelum dia memanjat pagar dan melepaskan lima das tembakan dengan satu daripadanya mengenai bahu kiri adik lelakinya itu.

Empat lagi tembakan tersasar dan satu daripadanya mengenai kereta Perodua Myvi yang berada di hadapan pagar rumah mangsa.

“Adik lelaki saya lari ke pintu belakang selepas ditembak, kami lapan orang yang berada dalam rumah berjaya halang anggota itu daripada mengejar adik saya sebelum dia (suspek) melarikan diri,” kata kakak mangsa kepada pemberita di tempat kejadian.

Wanita itu berkata selepas anggota polis itu melarikan diri, keluarganya segera memaklumkan polis sebelum dia diberkas polis di sekitar kawasan Kajang.

Sumber polis berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan bagi mengeluarkan peluru. Keadaannya kini dilaporkan stabil.
Kakak mangsa berkata keluarganya menghalang hubungan cinta itu kerana mendakwa tidak menyukai sikap dan tingkah laku lelaki itu sebelum adik perempuannya memutuskan hubungan cintanya Rabu lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian itu dan memberi jaminan satu siasatan telus akan dijalankan ke atas kes itu.

“Kita akan siasat kes ini secara terperinci dan tiada siapa yang akan terlepas atau dilindungi. Kita akan pastikan tindakan sewajarnya diambil ke atas mana-mana anggota yang didapati terlibat dalam jenayah serta salah laku,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sijil pelantikan Editor Bersekutu Institute of Public Security of Malaysia (IPSOM), di sini, hari ini.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN