Pilih Calon Paling Layak Hadapi Pru Ke-14

HARI Sabtu (esok) akan berlangsung mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO peringkat bahagian secara serentak.

Pemilihan bagi jawatan-jawatan utama dan Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia juga diadakan serentak esok.

Empat tahun lalu (Oktober 2009), perwakilan Perhimpunan Agung Khas UMNO meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan parti itu. Serentak pindaan itu sistem kuota dihapuskan.

Sistem kuota yang diguna pakai sebelum ini dilihat antara punca amalan rasuah dan lebih memihak kepada individu tertentu terutama penyandang jawatan.

Penghapusan sistem kuota itu memberi mesej kepada umum bahawa UMNO serius untuk berubah dan memberi ruang sebebas-bebasnya kepada ahli parti untuk memilih pucuk pimpinan mereka daripada peringkat cawangan, bahagian hingga Majlis Tertinggi (MT).

Pemilihan pemimpin peringkat sayap UMNO – Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri – yang bermula esok dan diikuti seminggu kemudian pemilihan peringkat bahagian dan MT jelas menunjukkan pimpinan parti itu kelak adalah pilihan akar umbi.

Pemilihan kali ini juga memberi lebih ruang untuk proses demokrasi berlaku kerana pemimpin yang dipilih bukan lagi di tangan sekumpulan perwakilan seperti dahulu.

Jika sebelum ini, saf kepimpinan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pusat hanya ditentukan oleh hampir 1,000 orang perwakilan, kini pemilihan ditentukan oleh lebih 10 kali ganda jumlah perwakilan sayap masing-masing.

Kini pemimpin ketiga-tiga sayap UMNO mesti berani dan yakin pada perjuangan diri kerana mereka dalam suasana yang boleh ‘makan diri sendiri’ apabila membenarkan dicabar sesiapa pun yang layak. Perkara ini yang membezakan pemimpin UMNO yang dilihat lebih jujur dan ikhlas berbanding dengan pemimpin pembangkang.

UMNO jauh lebih terbuka dan demokratik berbanding dengan DAP, PKR dan Pas yang sekadar melaungkan keterbukaan, namun tidak berani memberi kuasa kepada akar umbi untuk memilih pemimpin. Lihat kekecohan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada Disember 2012 hingga keputusan pemilihannya dibatalkan.

PKR pun sama apabila pelantikan Ketua Umumnya langsung tidak dipilih ikut proses demokrasi. Begitu juga Pas yang mana kuasa utama ada pada Mursyidul Amnya.

Dalam soal memilih pemimpin, UMNO dilihat lebih terbuka. UMNO meletakkan kepercayaan kepada perwakilan yang terdiri daripada pelbagai peringkat golongan dalam UMNO.

Parti ini perlu bersiap siaga kerana bukan mudah untuk mengendalikan satu pemilihan yang disertai oleh 33,682 calon di peringkat bahagian dan 258 di peringkat pusat, ia akan ditentukan oleh 146,500 perwakilan.

Bermula esok dan kemudian pada 19 Oktober nanti, perwakilan UMNO akan menentukan saf kepimpinan parti di semua peringkat, dengan agenda utama ialah memastikan calon yang dipilih perlu bekerja keras untuk mempertahankan UMNO sebagai tunggak utama Kerajaan Pusat dan pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Jadi ruang pemilihan yang besar ini harus dimanfaatkan para perwakilan untuk memilih pemimpin yang benar-benar layak dan diterima juga oleh rakyat untuk menerajui peringkat pergerakan sayap, MT dan bahagian UMNO.

Pertembungan beberapa penjuru dalam merebut jawatan utama dalam Wanita, Pemuda dan Puteri membuktikan UMNO mempunyai banyak bakat pelapis yang sedia untuk menawarkan khidmat dan bakti kepada orang Melayu dan rakyat negara ini secara keseluruhannya.

Banyak pihak melontarkan pandangan bahawa pemilihan UMNO kali ini sangat penting kerana ia adalah landasan dalam menyediakan pemimpin untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Oleh itu, perwakilan perlu juga memikirkan untuk memilih barisan pemimpin UMNO yang dapat menyaingi kehebatan barisan pemimpin pembangkang.

Di tangan perwakilanlah yang akan menentukan survival UMNO menjelang PRU-14.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN