FGV raih RM527.99j sebelum zakat, cukai

bursa1

FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mencatat keuntungan sebelum zakat dan cukai RM527.99 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2013, meningkat 77.1 peratus berbanding RM298.12 juta yang diraihnya dalam tempoh sama tahun lalu.

Keuntungan bersih kumpulan perladangan itu meningkat 67.2 peratus kepada RM368.0 juta berbanding RM220.2 juta bagi tempoh sama tahun lalu, yang diraihnya daripada pendapatan berjumlah RM2.99 bilion.
Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, FGV mencatat keuntungan sebelum zakat dan cukai RM734.18 juta, meningkat 28.3 peratus daripada RM572.21 juta yang dicatat dalam tempoh sama sebelumnya.

Keuntungan bersih pula meningkat 20.6 peratus kepada RM535.1 juta berbanding RM443.369 juta yang dicatat dalam tempoh yang sama tahun lalu. Ia diraih daripada pendapatan yang berjumlah RM5.67 bilion.

Presiden dan Ketua Eksekutif, Mohd Emir Mavani Abdullah, berkata syarikat percaya di sebalik harga semasa MSM yang rendah, wujud peluang kepada kumpulan untuk membeli aset strategik pada harga penilaian yang wajar.

Kami sudah mengumumkan pengambilalihan ladang pertama kami iaitu PT Temila Agro Abadi (PT TAA) dan PT Landak Bhakti Palma di Kalimantan Barat pada awal Julai lalu, yang sejajar dengan hala tuju strategik syarikat yang mana fokus utama kami adalah pada komoditi teras seperti minyak sawit, getah dan gula.

Tingkat nilai pemegang saham
Tanah simpanan ini dijangka meningkatkan pendapatan masa depan kumpulan dalam sawit dan getah, seterusnya meningkatkan nilai pemegang saham. PT TAA yang terletak bersebelahan tanah milik kumpulan seluas 14,385 hektar oleh PT Citra Niaga Perkasa, adalah petunjuk baik kerana skala ekonomi dalam pengurusan estet boleh dicapai menerusi perkongsian sumber seperti tenaga buruh, nurseri dan kilang minyak sawit.

FGV mempunyai aset kukuh dan akan menggunakan kekuatan syarikat untuk merebut peluang pengembangan serantau, sekali gus mencapai sasaran untuk sepanjang tahun ini, katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Bagi separuh pertama tahun semasa berakhir 30 Jun lalu, perniagaan perladangan FGV mencatat pengeluaran buah tandan segar (FFB) yang lebih tinggi iaitu 2.46 juta tan berbanding 2.33 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Hasil FFB meningkat kepada 9.53 tan sehektar berbanding 8.95 sehektar sebelumnya, manakala pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) meningkat kepada 1.44 juta daripada 1.38 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Bagaimanapun, sejajar dengan prestasi industri, keuntungan segmen ini menurun sebanyak 60.8 peratus kepada RM261.06 juta bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun lalu.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN