Jangan Salah Tafsir Undang-Undang Demi Kepentingan Pihak Tertentu – Sultan Selangor

sidang-dun-selangor-13
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah selepas berkenan merasmikan Majlis Pembukaan Persidangan Dewan Negeri ke-13 di Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah baginda tidak berkenan pihak yang menyalahtafsir peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor demi kepentingan dan manfaat golongan tertentu.

Sehubungan itu, baginda menyeru semua pihak khususnya rakyat Selangor agar sentiasa menghormati dan akur pada setiap peruntukan dalam undang-undang tersebut untuk terus menikmati keamanan, keharmonian dan kesejahteraan hidup.

“Kita perlu sentiasa mengangkat martabat Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan undang-undang negara ke tahap tertinggi mengatasi segala kepentingan peribadi dan politik masing-masing,” titah baginda pada upacara perasmian pembukaan mesyuarat penggal pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-13 di Bangunan DUN di sini, Jumaat.

Sultan Sharafuddin, selaku Ketua Agama Islam Selangor, juga menitahkan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui gabungan parti PAS, PKR dan DAP memberikan perhatian serius terhadap usaha meningkatkan kualiti hidup umat Islam dengan keutamaan diberikan dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

Titah baginda cara kerja yang profesional dapat menangkis sebarang fitnah dan tuduhan jahat sekali gus membuktikan kemampuan sebenar sistem Islam sebagai addin (cara hidup yang diredai Allah).

“Perhatian serius kepada usaha memajukan umat Islam tidak pernah menjadi alasan untuk mengabaikan atau meminggirkan rakyat Beta yang lain.

“Malah kemajuan umat Islam selaku golongan majoriti di negeri ini mampu memberikan kesan positif kepada negeri dan rakyat,” titah baginda.

Sultan Selangor menitahkan pimpinan kerajaan negeri memberikan tumpuan bagi memastikan prestasi ekonomi terus stabil di samping memberi penekanan terhadap pembangunan desa, modal insan, pendidikan serta kesihatan.

Titah baginda, ekonomi Selangor tahun ini dianggarkan merekodkan prestasi sederhana dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar 5.6 peratus setahun seiring dengan persekitaran ekonomi dunia dan Malaysia yang sederhana.

Baginda turut menitahkan agar kerajaan negeri menyusun strategi memacu pertumbuhan ekonomi serta memperkenalkan sistem jaringan bagi membantu rakyat yang menghadapi situasi ekonomi yang semakin mencabar.

“Pada masa sama, Beta ingin melihat rakyat terlibat secara aktif dalam semua aktiviti ekonomi agar kemakmuran ekonomi di negeri Selangor dapat dikecapi rakyat secara keseluruhannya,” titah baginda.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN