Bot Ekspres Karam Di Jeram Berbahaya – Adun Belaga

bot-karam-belaga-2KUCHING: Lokasi bot ekspres dipercayai membawa lebih 200 penumpang yang karam pada Selasa terkenal kerana mempunyai jeram yang dalam dan berbahaya, kata Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Belaga Liwan Lagang.

Beliau berkata terdapat batu besar di dalam sungai itu di Giam Tukok, iaitu kira-kira 40 minit perjalanan menghilir sungai dari bazar Belaga, dan sehingga malam ini kira-kira 21 penumpang masih hilang.

Bercakap kepada Bernama ketika dihubungi di Belaga, beliau berkata berdasarkan cerita mangsa yang terselamat, satu daripada batu besar di dalam sungai itu mengakibatkan bot ekspres yang sarat muatan itu menjadi senget dan akhirnya karam.

“Saya diberitahu oleh seorang daripada mangsa yang terselamat bahawa pemandu bot sebelum itu cuba mengelak daripada melanggar sebatang balak yang terapung di sungai dan ketika berbuat demikian, bahagian belakang bot itu terlanggar batu besar itu dan mengakibatkannya gagal dikawal serta menjadi senget,” katanya.

Liwan, yang juga Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Sarawak, berkata beliau secara kebetulan sedang menaiki helikopter melintasi kawasan itu dari Sungai Asap, Belaga, apabila ternampak bot ekspres itu mula karam.

Beliau kemudian meminta juruterbang untuk mendaratkan helikopter itu di kawasan berdekatan tempat kejadian sebelum mengelolakan penduduk kampung dari dua rumah panjang di kawasan itu untuk menyelamatkan kira-kira 30 penumpang dan pada masa sama ada antara penumpang terbabit berjaya berenang menyelamatkan diri.

Keseluruhannya, polis Belaga mengesahkan 181 penumpang terselamat dalam tragedi itu dan menurut Liwan, antara mereka adalah kanak-kanak.

“Menurut kiraan saya terdapat lebih daripada 10 (kanak-kanak) yang menaiki bot itu memandangkan mereka mengikut keluarga masing-masing untuk cuti Gawai,” katanya.

Liwan, yang berada kira-kira tiga jam bersama mangsa yang terselamat, memberitahu Bernama beliau akan bermalam di Belaga dan terus membantu pihak berkuasa yang berkenaan dalam operasi mencari dan menyelamat.

Setakat 8 malam ini, Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau, gagal dihubungi untuk mengesahkan sama ada operasi itu dihentikan malam ini.

Bot-Karam-Belaga-Sarawak-1

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Naik belon kekal sebagai talian hayat masyarakat Mulu

Masyarakat pelbagai kaum raikan iftar bersama di ‘Juh Berambeh Sungkei’

Pembelian MASwings oleh kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb

Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau

Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN