Kerajaan BN Tidak Tumbang Walaupun Sebahagian Besar Kaum Cina Pilih Pembangkang – @NajibRazak

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak tumbang walaupun sebahagian besar kaum Cina menyokong pembangkang seperti yang dilihat dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata realitinya ialah kaum Bumiputera dan masyarakat India masih memberi sokongan kepada kerajaan pimpinan BN untuk terus menerajui negara berdasarkan mandat yang diperoleh dalam PRU13, Ahad lepas.

“Kita harus sedar bahawa parti pembangkang khususnya DAP telah menggambarkan kepada masyarakat Cina (kononnya) mereka boleh mengubah kerajaan…malah slogan yang digunakan seolah-olah (kalau) orang Cina sokong pembangkang, mereka boleh ubah kerajaan.

“Hakikat dan realitinya walaupun sebahagian besar (masyarakat Cina) sokong pembangkang, tetapi kerajaan tidak tumbang, kerajaan BN masih kekal,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas dengan anggota parlimen baharu BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.

Perjumpaan tertutup selama hampir dua jam itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Najib menarik perhatian walaupun sokongan kaum Cina terhadap DAP di sesetengah kawasan dilihat mencecah antara 85 dan 95 peratus, namun kerajaan BN masih kekal kerana kaum Bumiputera dan India di banyak kawasan lain masih percaya kepada gabungan itu.

Menurutnya, apa yang digambarkan pembangkang terutama DAP merupakan satu penipuan besar terhadap kaum Cina sehingga masyarakat itu yakin undi mereka dapat mengubah kerajaan sedia ada.

“(Ini) seperti janji pada 16 Sept (2008 untuk menawan Putrajaya). Storyline (jalan cerita) ini (untuk tukar kerajaan) tidak betul dan banyak ditokok tambah, direka cerita,” katanya.

Najib berkata satu lagi penipuan yang dilakukan pembangkang pada PRU13 ialah dakwaan tidak logik BN membawa masuk lebih 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi untuk memastikan kemenangannya.

“Kalau ikut logik, nak bawa 40,000 (warga) Bangladesh (perlu) menggunakan pesawat Boeing 747 yang hanya boleh memuatkan 400 orang…bererti 100 buah pesawat terpaksa mendarat untuk membawa warga Bangladesh ini mengundi,” katanya.

Namun, beliau berkata sehingga kini tiada bukti diketengahkan pembangkang kerana dakwaan itu sememangnya tidak berasas,” tegasnya.

“Ini satu penipuan besar sehingga orang yang mengundi pada hari berkenaan percaya dan yakin (kononnya) kami mengundi nak selamat Malaysia daripada dikuasai oleh (warga) Bangladesh. Sampai ke peringkat ini penipuan semata-mata nak jadikan orang marah kepada kerajaan dan nak rebut kuasa,” kata Najib.

Najib, yang mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri semalam, percaya jika kaum Cina memberi sokongan kepada BN seperti yang dilihat pada 2008, tidak mustahil gabungan itu memperoleh kemenangan dua pertiga pada PRU13 Ahad lepas.

Sambil menegaskan masyarakat Cina sebenarnya telah dipermainkan pembangkang, beliau berkata penjelasan segera perlu diberi untuk menyedarkan mereka mengenai realiti sebenar.

Beliau turut menolak tanggapan peralihan besar sentimen pengundi Melayu di bandar menyumbang kepada kemerosotan sokongan kepada BN kerana berdasarkan fakta, undi Melayu di kawasan bandar meningkat berbanding 2008.

Pada asasnya, undi di kawasan yang didominasi orang Melayu telah meningkat berbanding 2008, katanya.

“Pada 2008, Umno menang 79 (kerusi Parlimen), dan kali ini 88 kerusi, bermakna undi Melayu telah bertambah di seluruh negara,” katanya sambil menambah kata bahawa untuk mengatakan undi Melayu di kawasan bandar telah menurun tidak begitu tepat.

“Sudah tentu bukan semua orang menyokong BN tetapi pada dasarnya, sokongan orang Melayu telah meningkat di kawasan-kawasan bandar,” katanya.

Mengenai perubahan yang perlu dilakukan kerajaan untuk menangani apa yang dilihat sebagai trend perubahan sokongan kaum Cina, perdana menteri berkata perkara itu tidak boleh dilakukan secara terburu-buru.

Ini kerana kajian mendalam serta perbincangan bersama parti komponen BN perlu dilakukan terlebih dahulu, jelasnya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023