Kelantan Akan Kembali Ke Pangkuan BN

tukar-kelantanANGIN perubahan yang sedang melanda Kelantan ketika ini pasti mencetuskan gelombang kesedaran rakyatnya untuk mengembalikan negeri Cik Siti Wan Kembang itu ke pangkuan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Tidak dinafikan Kelantan dianggap kubu kuat Pas apabila parti tersebut kembali menerajui pentadbiran kerajaan negeri sejak 1990. Namun, rakyat Kelantan mulai sedar mandat yang mereka berikan kepada Pas sejak 23 tahun lalu adalah satu kesilapan.

Seperti yang dijelaskan tokoh veteran UMNO, Tan Sri Hussein Ahmad kepada Utusan Malaysia semasa berkunjung di Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Kuala Lumpur kelmarin, populariti Pas yang diterajui Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan kini jatuh merudum. Rakyat semakin resah ekoran kegagalan kerajaan Pas Kelantan membawa perubahan fizikal dari segi ekonomi, sosial, pendidikan dan pembangunan infrastruktur.

Keyakinan Hussein itu bukan sekadar spekulasi yang bersandarkan kepada cakap-cakap kosong di warung kopi semata-mata. Pengalaman beliau dalam politik khususnya di Kelantan amat luas dan mendalam. Hussein pernah memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang selama 32 tahun dan Ketua Penerangan UMNO selama 15 tahun.

“Harapan Kelantan untuk kembali ke pangkuan BN kali ini adalah cerah sebab yang bertanding di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ialah ‘Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.’

“Saya kata begitu sebab kesemua calon yang diletakkan di Kelantan mewakili kepimpinan Najib,” katanya penuh bersemangat.

Menurut beliau, rakyat Malaysia termasuk di Kelantan dapat melihat sendiri kesungguhan Najib melaksanakan transformasi dalam pentadbirannya sejak dilantik sebagai Perdana Menteri dan ‘faktor Najib’ itu memberi bonus yang besar dalam membantu calon-calon BN di Kelantan untuk memenangi hati pengundi.

“Saya percaya ahli-ahli Pas yang tegar akan kekal dengan parti itu tetapi sebahagian besar pengundi di atas pagar sudah nampak apa yang dilakukan oleh BN di bawah kepimpinan Najib.

“Golongan ini akan menyokong UMNO dan sokongan mereka sudah cukup untuk memastikan kemenangan BN di Kelantan.

“Selain itu, rakyat Kelantan yang berhijrah ke negeri-negeri lain untuk mencari rezeki mula menunjukkan perubahan sikap. Jika dulu mereka menentang BN namun sekarang sikap itu bertukar 180 darjah,” jelasnya.

Veteran UMNO berusia 79 tahun itu berkata, kerajaan Pas Kelantan juga menerima tamparan hebat apabila golongan ulama pondok yang pernah menjadi penyokong tegar parti tersebut telah berubah arah dan menyatakan sokongan mereka terhadap UMNO secara terbuka.

“Kehendak Allah SWT yang membuka pintu hati pemimpin-pemimpin agama di pondok di negeri yang dianggap sebagai serambi Mekah ini. Sekarang, golongan ulama pondok sudah nampak kepalsuan Pas. Sebab itu mereka kembali ke jalan yang benar.

“Sudah tentu perkembangan terbaharu membabitkan ulama pondok itu akan membawa perubahan di Kelantan. Ini satu petanda yang baik. Saya pernah menjadi calon pilihan raya dahulu. Hendak dapatkan dua pengundi yang menyokong BN di sebuah pondok pun susah tetapi sekarang ramai yang sokong kita,” ujarnya.

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, Pas semakin rancak mengulangi janji-janji lapuk seperti melaksanakan hudud, membangunkan negeri malah tergamak menjanjikan syurga kepada pengundi yang memilih parti itu. Bagi Hussein, rakyat Kelantan semakin bijak dan tidak akan mudah diperdayakan oleh Pas dengan janji-janji palsunya.

“Hudud pun tidak dilaksanakan dalam Pas. Pernahkah pemimpin Pas dihukum hudud? Sekarang heboh isu pemimpin kanan Pas dituduh tetapi apakah tindakan yang diambil oleh Pas?” katanya.

Mengulas tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menyertai Pas dan bekas ahli-ahli UMNO termasuk bekas Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas, Hussein yang cukup memahami tepuk dan tampar politik tanah air menganggap senario itu sebagai ‘irama biasa’ setiap pilihan raya umum atau kecil.

“Golongan ini kalau kita beri langit pun mereka tetap tidak akan berpuas hati. Itulah tandanya orang yang tidak bersyukur.

“Tetapi kita tidak perlu risau kerana tindakan mereka itu tidak memberi kesan sedikit pun kepada parti malah bilangan pengikut mereka saya percaya setakat boleh dibilang dengan jari.

“Cuma satu sahaja yang saya hendak nasihatkan kepada pemimpin-pemimpin UMNO di Kelantan. Berilah sokongan kepada calon-calon kita sama ada yang baru atau lama demi memastikan kemenangan parti.

“Kita harus ingat semasa kita bertanding dahulu, mereka bekerja keras membantu kita. Kenapa bila mereka bertanding, kita tidak boleh melakukan perkara serupa?” ujarnya.

Sebelum mengakhiri pertemuan, Hussein sempat meninggalkan sedikit pesanan kepada orang Melayu di Kelantan: “Jaga kepentingan diri kita dahulu sebelum menjaga kepentingan orang lain. Kita mesti membantu diri sendiri dan kita boleh melakukannya pada Pilihan Raya Umum Ke-13.”

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023