33% Calon Parlimen, 49% DUN Muka Baru – @NajibRazak

Najib menyerahkan surat watikah dan aku janji calon Barisan Nasional kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC

Barisan Nasional (BN) menampilkan 33% muka baru di kerusi Parlimen manakala 49% di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata calon yang tersenarai adalah mereka yang dapat memenuhi akujanji yang terdapat dalam manifesto BN.

“Senarai calon BN ini pada hemat saya adalah barisan terbaik yang mampu kita sediakan untuk memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat.

“Pemilihan calon kali ini telah melalui proses yang panjang kerana banyak rundingan dengan parti kompenan dan pengerusi BN negeri,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan watikah dan senarai calon kepada pemimpin parti komponen BN dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri di Menara Dato Onn di sini pada Isnin.

Beliau berkata mengikut jadual senarai calon parti komponen BN akan diumumkan oleh pimpinan masing-masing pada Isnin atau Selasa.

Sementara itu, menurut Najib, calon Umno akan dirangkum dan diumumkan secara serentak oleh Pengerusi BN negeri masing-masing.

Sebanyak 727 kerusi dipertandingkan pada PRU-13 dengan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN.

Mengulas lanjut Najib yang juga Presiden Umno berkata pemilihan barisan calon kali ini dibuat dengan mengambil kira sentimen dan aspirasi pengundi.

“Kita ambil kira sentimen dan jangkaan pengundi untuk lihat perubahan dalam BN.

“Kita juga melihat perlunya wakil-wakil rakyat sedia ada terdiri daripada mereka yang berpengalaman berkhidmat dalam kerajaan atau wakil rakyat. Imbangan antara muka-muka baru adalah sangat penting ” katanya.

Jelas Najib, pembaharuan bukan sahaja dari segi calon tetapi juga mereka yang boleh memenuhi keperluan rakyat.

“Bukan sahaja perlu tampilkan pembaharuan. Sebagai parti dengan mandat baru dengan kerajaan akan datang. Kita perlu mereka yang mampu mentadbir kerajaan dan berkhidmat kepada rakyat.

“Jika semua muka baru akan membantut kemampuan kerajaan BN untuk memenuhi harapan rakyat. Saya harap penilaian dilihat dalam konteks menyeluruh. Bukan sahaja mereka yang bertanding…kemampuan untuk menubuhkan kerajaan yang kuat dan mampu penuhi kehendak rakyat pada masa akan datang,” katanya.

Perdana Menteri turut mengingatkan mereka yang terpilih melakukan terbaik untuk parti.

“Ada kelemahan parti akan bertindak baiki. Pada yang tidak terbaris, bukan bererti mereka gagal, bermasalah atau ada kepincangan. Tetapi dalam keadaan masyarakat dan pengundi menuntut perubahan maka sebahagian anggota kita terpaksa beri laluan untuk pembaharuan,” katanya.

Najib turut mengucapkan terima kasih kepada semua wakil rakyatnya yang telah memberikan khidmat sepanjang penggal ini dan berharap terus mendapat sokongan kuat daripada anggota parti.

Beliau ketika ditanya, apakah kriteria calon untuk kerusi-kerusi panas yang ditandingi pembangkang seperti Pematang Pauh.

Najib berkata, pihaknya ada calon yang hebat untuk menandingi ketua pembangkang itu.

“Tidak mungkin kita boleh menang semua kerusi itu realistik, tetapi kita meletakkan calon berwibawa,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023