Calon Muda Atau Berusia Akan Diterima Jika Mampu Jadi Jaguh Kepada Generasi Y #PRU13

gen-yAda pandangan menyatakan calon muda akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) dalam memenangi hati pengundi muda, namun pemerhati politik melihat calon berusia juga boleh menawan golongan itu jika mampu menjadi jaguh kepada aspirasi dan kehendak mereka.

Pensyarah Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Syukri Shuib berkata golongan muda tidak akan menolak mentah-mentah calon BN yang lebih berusia pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) jika mereka dapat menjamin masa depan cemerlang buat Generasi Y.

“Usia bukan isu sangat tapi apa yang penting adalah sejauh mana orang dah berusia ini dapat memenuhi keperluan dan kehendak golongan muda terutama di abad ke-21 ini,” katanya kepada Bernama.

Md Syukri dalam pada itu mencadangkan supaya BN meletakkan 60 peratus calon berusia tidak lebih 60 tahun manakala 40 peratus lagi golongan muda berumur antara 30 dan 40 tahun.

Ditanya mengenai tanggapan bahawa calon muda mungkin kurang pengalaman dan pengetahuan untuk menjadi wakil rakyat, Md Shukri berkata: “Bagaimana orang muda dapat pengalaman jika mereka tidak diberi peluang? Sebab itulah gabungan lama dan baru penting supaya wujud aura saling berkongsi dan mengajar.”

Pendapat sama turut dilontar Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Profesor Dr Azmi Hassan yang berkata gabungan muka lama dan baharu, terutama membabitkan golongan muda, perlu untuk memantapkan parti sekali gus memastikan wujudnya elemen imbang dan periksa.

Beliau bagaimanapun berkata calon muda yang bakal dipertaruhkan perlu terdiri daripada mereka yang dikenali, aktif dalam aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau persatuan pelajar.

“Jika mereka yang dipilih tidak dikenali, tidak aktif, sudah tentu mereka tiada pengalaman bersama masyarakat dan pastinya akan gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat kelak,” katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata penting untuk BN meletakkan calon sama ada muda atau tua yang mampu memahami aspirasi Generasi Y memandangkan hampir 42 peratus daripada pengundi pada PRU13 adalah daripada kelompok berkenaan.

Pada PRU kali ini, kira-kira 5.5 juta daripada keseluruhan 13 juta rakyat yang layak mengundi merupakan mereka yang berusia berusia bawah 40 tahun.

Selaku pemimpin belia, Mohamed Maliki berkongsi rahsia bahawa cara terbaik untuk memenangi hati golongan muda ialah sentiasa berterus terang selain pelaksanaan inisiatif yang boleh dinikmati manfaatnya dalam jangka pendek.

Bagi Presiden Belia 4B Malaysia, Muammar Ghadafi Jamaluddin, oleh kerana PRU13 dianggap sangat getir, BN perlu meletakkan calon yang dapat mendengar dan memenuhi kehendak setiap segmen masyarakat sama ada lelaki, wanita, tua atau muda.

Beliau sependapat dengan Md Syukri bahawa orang muda perlu diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat manakala pemimpin lebih ‘dewasa’ harus mengikis prasangka sumbangan serta khidmat mereka tidak lagi diperlukan.

“Yakinlah setiap manusia dalam proses pembelajaran, yang lama perlu ajar yang baru. Kalau orang lama terlalu ramai, proses transformasi akan lemah.

“Sampai bila warga emas nak jaga orang muda? Biarlah orang muda jaga warga emas,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN