Seorang Lagi Datuk Seri Dicari Bantu Siasatan Kes Berkaitan Operasi Daulat #LahadDatu

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang menunjukkan gambar Datuk Seri Clarence Luing Karl@Muhammad Khalil John L Karl bagi membantu siasatan dalam kes berkaitan Operasi Daulat ketika mengadakan sidang media di Lahad Datu, Rabu. Alamat terakhir lelaki terbabit ialah di RH55, Jalan Ranau Lama, Kampung Bawang, Tamparuli dan dipercayai berada di Sabah

LAHAD DATU, 3 April — Polis mencari seorang lagi lelaki tempatan bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang berkata Clarence Luing Karl@Muhammad Khalil John L Karl, 57, dicari kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan kesultanan Sulu.

“Lelaki yang alamat terakhir di RH55, Jalan Ranau Lama, Kampung Bawang, Tamparuli, Sabah diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini Rabu.

Tanpa menjelaskan butiran lanjut lelaki itu, Tan berkata orang ramai yang mengenali lelaki terbabit diminta menghubungi Rakan Cop atau balai polis berhampiran.

Sebelum ini seorang lelaki bergelar Datuk Seri telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor selepas dikaitkan dengan Operasi Daulat dan dia kemudian ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Sementara itu, beliau berkata seramai 1,299 orang telah dibenar pulang ke rumah masing-masing sejak semalam selepas tiga pusat pemindahan di Cenderawasih, Gemala Pura dan Fajar Harapan di sini ditutup.

Kini hanya tinggal 106 orang daripada 17 keluarga masih mendiami pusat pemindahan di Embara Budi berikutan rumah mereka mengalami kerosakan teruk, katanya.

Tan berkata tiada pertempuran sejak 28 Mac lepas namun kawalan keselamatan masih dijalankan di semua lokasi di bawah Operasi Daulat.

Ditanya mengenai keselamatan orang ramai menjelang pilihan raya umum ke-13 setelah Dewan Rakyat dibubar hari ini, beliau berkata penduduk yang layak mengundi tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi kerana pasukan keselamatan sentiasa mengawasi keadaan.

“Kawasan operasi adalah selamat, jadi jangan takut untuk laksanakan hak untuk keluar mengundi,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN