Jamalul Kiram Bukan Keturunan Sultan Yang Sah, Dakwa Muhammad Ridhwan#LahadDatu

Muhammad Ridhwan Sulaiman
Muhammad Ridhwan Sulaiman

Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman mendakwa Jamalul Kiram, yang dipercayai dalang pencerobohan pengganas di Sabah, bukan keturunan sultan Sulu sebenar.

Sebaliknya, Muhammad Ridhwan berkata keturunan kesultanan Sulu sebenar adalah Muedzul Lail Tan Kiram, iaitu anak kandung kesultanan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina.

Beliau berkata atas faktor itu pertubuhannya menjalankan urusan transaksi kebajikan dengan Muedzul Lail.

“Saya pernah pergi tiga kali ke Jolo, selatan Filipina. Berdasarkan poster gambar terpampang wajah Muedzul Lail di setiap penjuru jalanan dan reaksi masyarakat di sana menunjukkan Muedzul Lail adalah anak kandung sultan Sulu terakhir yang diiktiraf Filipina.

“Sebab itu saya bawakan satu buku kuning dan cek untuk menunjukkan bukti kepada polis bahawa saya tidak kenal Jamalul Kiram itu siapa,” katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Muhammad Ridhwan berkata berdasarkan pertemuan dengan Muedzul Lail, beliau dimaklumkan bahawa keturunan sultan Sulu tidak boleh menuntut semula Sabah dari Malaysia dan Muedzul Lail menunjukkan beberapa surat serta dokumentasi yang membuktikan tiada tuntutan boleh dibuat keturunan sultan Sulu terhadap Sabah.

Ditanya mengenai perjanjian pajakan Sabah itu tamat pada 2015 dan kedatangan penceroboh terbabit ingin memperbaharui perjanjian itu, Muhammad Ridhwan menegaskan: “Tidak benar, dia (sultan Sulu ketika itu) tiada perjanjian dateline (tiada tempoh), dia (sultan Sulu ketika itu) serahkan pada British untuk dibangunkan”.

Muhammad Ridhwan yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kes pencerobohan di Sabah, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini hari ini.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridhwan, tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina tetapi boleh membantu polis dalam siasatan berhubung kes pencerobohan di Lahad Datu 12 Feb lepas.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN