Dakwaan Mengenai Suri Rumah Jadi Tebusan Tidak Benar #LahadDatu

ops_daulat-7-3-13LAHAD DATU: Polis percaya dakwaan bahawa enam lelaki bersenjata menyelinap keluar dari kawasan Zon Merah dan menahan beberapa tebusan di sekitar Felda Kembara Sakti pada malam Khamis adalah tidak benar.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang pada Jumaat berkata mereka tidak menemui bukti terhadap dakwaan seorang wanita bahawa lelaki bersenjata dilihat berada di kawasan itu dan menahan tebusan.

“Kami telah menemuramah wanita tersebut dan dia tidak jelas mengenai maklumat lanjut. Tiada saksi lain melihat sebarang pergerakan lelaki bersenjata di kawasan tersebut,” kata Tan pada sidang media di Felda Sabahat.

Sejak khabar angin itu tersebar, ratusan penduduk di kawasan tersebut berlindung di dalam masjid manakala yang lain meninggalkan kawasan Kembara Sakti yang terletak kira-kira 20km dari bandar utama Felda Sahabat, Cenderakasih.

Tan berkata siasatan polis masih diteruskan di kawasan terbabit.

Sementara itu, beliau berkata operasi menggeledah masih dijalankan di kawasan Kampung Tanjung Batu untuk mengesan saki-baki pengganas Sulu.

TIADA PETUNJUK KAITKAN MILITAN YANG TAWAN SURI RUMAH – POLIS

Lahad Datu, 22 Mac – Polis meminta orang ramai supaya tidak
mendengar khabar angin berhubung insiden seorang suri rumah yang mendakwa ditawan empat pengganas lebih dua jam di rumahnya di Kembara Sakti, Felda Sahabat 43 di sini, petang semalam.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang berkata selain tiada petunjuk jelas, siasatan awal yang dilakukan juga mendapati wujud keraguan untuk mengaitkan insiden pada 2 petang itu dengan militan pengganas seperti dakwaan suri rumah terbabit.

“Memang ada kejadian di kampung itu dan walaupun polis meragui dakwaan itu kami tetap melakukan siasatan dan sehingga kini tiada petunjuk yang boleh dikaitkan dengan pengganas,” katanya pada sidang akhbar di markas operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang suri rumah yang bersendirian dilapor didatangi empat pengganas yang bertindak mengikat kedua-dua kaki dan tangan mangsa. Wanita itu dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan.

Sambil menafikan bahawa ada tembakan dilepaskan dalam kejadian itu, Tan berkata khabar angin berkenaan mencetuskan suasana panik dan mendorong penduduk bertindak melarikan diri dan bersembunyi di masjid berdekatan.

Beliau berkata berikutan itu, beberapa anggota keselamatan ditempatkan di kampung berkenaan bagi memastikan penduduk berasa selamat dan selesa untuk meneruskan aktiviti harian masing-masing.

Mengenai kerja-kerja penilaian di Kampung Tanduo, beliau berkata keputusan berhubung penilaian yang dilakukan Majlis Keselamatan Negeri akan diumum selepas laporan lengkap mengenai kerosakan dan jumlah pampasan yang akan diterima mangsa dibentang kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman selewat-lewatnya minggu depan.

Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, Tan berkata dua daripada 285 individu yang ditangkap masing-masing ditahan mengikut Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Akta Pendaftaran Negara, manakala selebihnya mengikut Akta Imigresen.

“Jumlah yang ditahan mengikut Sosma (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)) kekal 108 orang, manakala bilangan anggota keselamatan yang terkorban dan cedera juga masing-masing kekal 10 orang,” katanya dan memberitahu bahawa operasi pembersihan dan penggeledahan di Kampung Tanjung Batu
masih diteruskan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah – Ahmad Zahid

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN – Darell Leiking

Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

Jenazah 6 mangsa nahas di Semporna selamat dikebumikan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN