MILF: Nur Misuari berbohong #LahadDatu

najib-milf-murad-pwtc-n6KUALA LUMPUR 20 Mac – Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim ( gambar) hari ini menyangkal dakwaan Nur Misuari yang menuduh MILF telah dipergunakan oleh Malaysia untuk menuntut Sabah.

Sebaliknya beliau menegaskan dakwaan tersebut semata-mata satu bentuk pembohongan dan pihaknya juga tidak pernah berbincang mengenai isu Sabah dalam rundingan damai.

“Maka ini adalah tuduhan yang tidak munasabah. Sangat tidak berasas. Saya tidak pasti apa niat dia. Pertama sekali, bukan Malaysia yang ingin menuntut Sabah kerana Sabah memang terletak dalam Malaysia.

“Bukan Filipina yang ingin menuntut Sabah. Isu tuntutan Sabah tiada kena mengena dengan rundingan damai antara MILF dan kerajaan Filipina kerana rundingan itu hanya antara Filipina dan masyarakat Bangsamoro,” katanya ketika dipetik dalam siaran Buletin Utama TV3, malam ini.

Beliau mengulas dakwaan bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Misuari dalam wawancara eksklusif dengan Al-Jazeera yang disiarkan di Manila Ahad lalu, yang menuduh Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Islam Moro di selatan Filipina dan mendakwa Kuala Lumpur menjajah Sabah dan Sarawak.

Dakwa Misuari, MILF merupakan alat penjajahan Malaysia di kedua-dua negeri tersebut serta menjadi penghalang kepada usaha penyatuan MILF dan MNLF dalam usaha perjanjian damai itu.

Sementara itu, Ketua Sekretariat MILF, Mohammad Ameen berkata, pihaknya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Misuari kononnya kerajaan Malaysia menggunakan MILF untuk memperkukuh tuntutan Kuala Lumpur ke atas Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, dakwaan Misuari kononnya Malaysia merupakan punca perpecahan masyarakat Moro di selatan Filipina juga tidak berasas sama sekali.

Sebaliknya, beliau mengingatkan Misuari bahawa kerajaan Malaysia yang membantu mengusahakan Persidangan Solidariti Bangsamoro (BSC) pada 2002 bagi menyatukan kumpulan-kumpulan itu terutama dalam mempromosi kedudukan mereka supaya diiktiraf Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

“Misuari telah melakukan dosa besar atas kenyataan tidak bertanggungjawab dan kejam terhadap MILF dan kerajaan Malaysia. Dia perlu memperbetul dan menebus dosa besar ini.

“Bagaimana Malaysia boleh menggunakan MILF untuk memperkuatkan tuntutan ke atas Sabah apabila Sabah tidak pernah menjadi sebahagian agenda perbincangan damai sejak 2001,” katanya seperti dipetik menerusi http://www.luwaran.com hari ini.

Mohammad Ameen memberitahu, Malaysia tidak pernah menawarkan diri mengusahakan pelan damai GPH-MILF tetapi Presiden, Gloria Macapagal-Arroyo yang meminta bantuan Malaysia berhubung perkara itu pada 2001, selepas presiden sebelum beliau, Joseph Estrada cenderung untuk memerangi MILF pada 2000.

“Mengapa Misuari bersungguh-sungguh menyokong tuntutan ke atas Sabah sekarang sedangkan sepanjang 21 tahun rundingan damai dengan kerajaan Filipina, dia tidak pernah membangkitkan isu itu dan Sabah juga tidak termasuk dalam Perjanjian Damai Terakhir GRP-MNLF pada 1996,” katanya.

Menurutnya, tindakan Misuari amat dikesali kerana menyalahkan semua pihak walhal hakikatnya dia gagal memimpin MNLF selama ini serta kedudukannya yang semakin tidak relevan dalam perjuangan penentuan nasib Bangsamoro.

“Sebagai pemimpin, Misuari tidak mempunyai apa-apa untuk dibuktikan, maka lebih baik dia berehat, tulis memoir dan membiarkan lapisan pemimpin baharu mengetuai masyarakat Bangsamoro bagi menjayakan aspirasi sebenar mereka,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah – Ahmad Zahid

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN – Darell Leiking

Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

Jenazah 6 mangsa nahas di Semporna selamat dikebumikan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN