Didakwa Lancar Perang Terhadap Agong, 8 Rakyat Filipina Bakal Berhadapan Hukuman Mati #LahadDatu

opsdaulat-pengganas-didakwaLapan rakyat Filipina bakal berhadapan hukuman mati setelah didakwa terhadap pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Mereka yang berusia dalam lingkungan 17 hingga 66 tahun itu ialah antara 108 individu dari selatan Filipina yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) ekoran insiden pencerobohan di Lahad Datu sejak 12 Feb lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang membawa hukuman mati dan Seksyen 130KA kanun sama iaitu menjadi ahli dalam kumpulan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Pertuduhan asal yang dalam bahasa Melayu diterjemah ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk. Tiada pengakuan direkod di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amelati Parnell, yang bersidang sebagai Majistret.

Mereka didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Tawau. Bagaimanapun sehingga petang ini tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan semula kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Datuk Nordin Hassan dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, kedua-duanya dari Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

IPD Lahad Datu, khususnya bangunan yang menempatkan lokap tahanan yang dihuni lapan tertuduh itu dikawal ketat oleh polis lengkap bersenjata dan memakai baju kalis peluru sejak awal pagi.

Kira-kira pukul 9.30 pagi, empat lori polis memasuki perkarangan IPD tanpa membawa tahanan dan pada ketika ini, para pengamal media, yang turut berlegar di luar bangunan itu, diarah ke bangunan pentadbiran yang bertentangan.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tiba di IPD itu kira-kira pukul 11.30 pagi dan dibawa masuk ke bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran.

Kira-kira pukul 1.30 petang, kelapan-lapan tertuduh yang memakai baju dan seluar lokap berwarna ungu, berkaki ayam dan kepala mereka ditutup dengan kain hitam, dilihat dibawa keluar dari IPD Lahad Datu dengan kawalan ketat pasukan keselamatan.

Insiden pencerobohan Lahad Datu sejak 12 Feb lepas, sehingga kini mengorbankan 10 anggota keselamatan terdiri daripada lapan anggota polis dan dua tentera.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pasukan keselamatan memerlukan beberapa hari lagi untuk memastikan kawasan itu benar-benar selamat sebelum membenarkan penduduk kampung pulang ke rumah masing-masing.

Sehingga kini, 62 pengganas ditembak mati manakala 108 ditahan di bawah SOSMA kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas dan 256 individu lain ditahan kerana memasuki zon merah dan pelbagai kesalahan lain.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua 28 mayat pengganas militan yang dibawa keluar dari zon merah akan dikebumikan dahulu sementara menunggu tuntutan mana-mana pihak.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah – Ahmad Zahid

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN – Darell Leiking

Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

Jenazah 6 mangsa nahas di Semporna selamat dikebumikan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN