Seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa akibat putus cinta βmenyerbuβ ke pejabat Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini hari ini.
Lelaki berkenaan masuk ke pejabat JAWI tanpa kasut dan dilaporkan terus pergi ruang majlis akad nikah sebelum duduk di pelamin sambil berzikir dan mengaji dengan suara yang kuat.
βAllahu. Ini kisah benar, bukan rekaan atau pun imaginasi novel cinta.
βSyukur, pihak keselamatan dapat tangani dengan hikmah. Difahamkan pemuda ini mengalami tekanan perasaan akibat putus cinta,β demikian tulis JAWI dalam entri Twitter rasminya hari ini.
JAWI turut berkongsi sekeping gambar memaparkan dua pengawal keselamatan dipercayai sedang memujuk lelaki berkenaan.
JAWI dalam entri berkenaan turut mendoakan agar lelaki berkenaan diberikan kesembuhan dan kemudahan untuk menghadapi ujian berat dalam hidupnya.
Dalam pada itu, rata-rata netizen mendoakan lelaki berkenaan segera pulih dan dapat kembali normal.- MalaysiaGazette