ZAMBOANGA CITY (Filipina): Tentera Filipina memintas seramai 32 lelaki bersenjata disyaki pengikut Sultan Jamalul Kiram III berhampiran Taganak di perbandaran Pulau Penyu pada Rabu.
Bagaimanapun, butir-butir pintasan adalah tidak jelas tentang ke mana arah tuju 32 lelaki berkenaan atau sama ada mereka bersenjata atau tidak.
Komander Leftenan Jeneral Rey Ardo mengesahkan bahawa berlaku pintasan. -Filipina Daily Inquirer / ANN