Penduduk Kampung Tanjung Batu Lalui Saat Cemas Ditahan Sekumpulan Lelaki Bersenjata #CerobohSabah

ops_daulat-tangkap-penngganasLAHAD DATU, 7  — Seorang penduduk kampung Tanjung Batu melalui saat cemas apabila ditahan sekumpulan tujuh lelaki bersenjata semasa menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya.

Mujur, kumpulan lelaki yang merupakan penceroboh bersenjata itu hanya meminta rokok, kata Abdul Rahman Seilani, 53.

Menceritakan detik cemas yang dilalui Isnin lepas, Abdul Rahman berkata beliau terserempak dengan sekumpulan kira-kira tujuh lelaki bersenjata dan berpakaian celoreng di jalan raya di kampung itu, kira-kira pukul 9 pagi.

“Ketika saya lalu di depan mereka, seorang daripada mereka meminta rokok daripada saya dalam bahasa Melayu.

“Saya kemudian memberikan mereka sekotak rokok yang saya ada dan mereka memberikan wang RM50 tetapi saya tidak mengambilnya,” katanya ketika ditemui Dewan Fajar Harapan di Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini Khamis.

Bimbang dengan keselamatan dirinya, Abdul Rahman mengambil keputusan untuk segera meninggalkan kampung menerusi pesisir pantai untuk ke Kampung Tanjung Labian yang terletak bersebelahan kampungnya.

“Saya kini tinggal bersama anak di kuarters pekerja Felda di Fajar Harapan,” katanya.

Dewan Felda Harapan di Felda Sahabat itu menempatkan penduduk dari tujuh kampung yang berpindah berikutan tindakan pasukan keselamatan menggempur kedudukan pengganas di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari sini.

Selasa lepas, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Feb lepas.

Ini diikuti gerakan susulan dan penggeledahan rumah ke rumah yang bertumpu di sekitar kawasan empat kilometer persegi di Kampung Tanduo, di sini bagi memburu kumpulan pengganas itu.

Seorang lagi penduduk, Yusof Sarang, 58, berkata kira-kira 40 penduduk kampung meredah air pasang hingga paras lutut untuk ke Tanjung Labian melalui pantai sebelum ke Dewan Fajar Harapan.

Beliau mengambil keputusan membawa isteri dan tiga anak mereka berpindah dengan segera apabila mendengar berita mengenai kehadiran individu bersenjata di kampung itu.

“Kami hanya membawa sedikit pakaian dan kini menumpang di rumah anak saudara di Fajar Harapan,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah – Ahmad Zahid

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN – Darell Leiking

Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

Jenazah 6 mangsa nahas di Semporna selamat dikebumikan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN