#CerobohSabah: Enam Polis Terkorban, Enam Anggota Kumpulan Bersenjata Terbunuh Di Semporna

semporna-hosital
Anggota yang terkorban dibawa ke Hospital Semporna

LAHAD DATU — Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, Sabtu, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.

Dalam operasi ‘menyelamat’ yang dilancarkan Ahad dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Dalam sidang media kira-kira 9 malam di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna.

“Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM,” katanya.

Dalam sidang media terdahulu, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh.

siminul-kawalan-polis
Anggota keselamtan mengawal Kampung Siminul

Dalam sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.

Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

Dalam sidang media Ahad malam, Ismail menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya.

“Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin,” katanya.

Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa.

Kampung Seri Jaya Siminul
Kampung Seri Jaya Siminul

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah – Ahmad Zahid

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN – Darell Leiking

Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

Jenazah 6 mangsa nahas di Semporna selamat dikebumikan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN