#CerobohSabah: Filipina sedia bantu Malaysia cari formula damai

lahad-Datu-kronologiKUALA LUMPUR – Kedutaan Filipina di sini menawarkan bantuan kepada pihak berkuasa Malaysia dalam mencari jalan penyelesaian damai bagi menangani insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Tawaran itu disampaikan oleh Duta Besar Filipina ke Malaysia, J. Eduardo Malaya dan Setiausaha Rendah Luar Filipina, Jose S.Brillantes semasa mesyuarat ringkas dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di Lahad Datu hari ini.

Dalam kenyataan di sini, Malaya berkata mereka berada di Lahad Datu atas misi kemanusiaan konsulat untuk membantu.

Beliau berkata mereka ingin melihat jika boleh membantu pihak berkuasa tempatan dalam mencari resolusi damai dan mengelak lagi pertumpahan darah, sejajar dengan lafaz Presiden Filipina Aquino III dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Brillantes berkata, mereka juga ingin menghulurkan bantuan konsulat kepada mereka yang cedera dan warga negara lain yang terjejas dalam kejadian tersebut.

“Adalah penting untuk kita bekerjasama rapat dalam mencari penyelesaian aman dalam situasi ini. Setiap nyawa adalah berharga dan biar kita cari jalan untuk mengelak lebih banyak kehilangan nyawa,” katanya.

Brillantes tiba ke Malaysia pada 25 Februari lalu untuk membantu pihak kedutaan menangani isu pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina itu.

Dalam kenyataan berasingan, pihak kedutaan itu meminta komuniti Filipina-Malaysia di pantai timur Sabah supaya tenang dan mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Kami rasa dan memahami kebimbangan ramai daripada anda dalam keadaan yang sukar ketika ini. Pihak kedutaan akan berkerja dengan pihak berkuasa berkenaan untuk memastikan keselamatan anda. Ini bukan masanya untuk mengambil apa-apa tindakan yang mungkin disalah erti oleh sesetengah pihak,” kata kedutaan itu.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah – Ahmad Zahid

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN – Darell Leiking

Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

Jenazah 6 mangsa nahas di Semporna selamat dikebumikan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN