#CerobohSabah: Kenyataan Tian Chua diselar

tianchua-lahaddatu

KUALA LUMPUR – Beberapa pemimpin dan pemerhati politik hari ini menyelar Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dilapor mengaitkan insiden tembakan di Lahad Datu, Sabah hari ini dengan konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakutkan rakyat.

Mereka berkata, kenyataan Tian Chua itu tidak bertanggungjawab dan keterlaluan memandangkan tindakan pihak berkuasa terhadap kumpulan bersenjata
dari selatan Filipina itu bersabit soal keselamatan dan keamanan negara.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, kenyataan Tian Chua itu adalah skrip standard dari DAP yang langsung tidak peka dan tidak
sensitif kepada isu keselamatan negara.

“Dengan membuat kenyataan seumpama ini, dia boleh dianggap sebagai manusia yang mempunyai martabat paling rendah. Ini adalah satu kenyataan melulu yang
tidak kita harapkan daripada seorang manusia yang sopan.

“Apa yang boleh kita harapkan daripada dia apabila kita betul-betul berada dalam peperangan jika dia boleh mengeluarkan kenyataan seumpama itu terhadap
insiden pencerobohan di Lahad Datu,” katanya kepada Bernama apabila dihubungi.

Antara lain, laporan yang tersiar di laman berita rasmi PKR itu memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu itu hanya sandiwara kerajaan
untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

“Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing,” kata Ahli
Parlimen Batu itu.

Justeru, Tunku Abdul Aziz mahu rakyat menilai peribadi Tian Chua dan berfikir sebelum memilih pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Dua anggota komando Polis Diraja Malaysia terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu membabitkan kumpulan
penceroboh bersenjata dari selatan Filipina.

Kejadian itu turut menyaksikan 12 penceroboh bersenjata yang merupakan sebahagian daripada 180 pengikut ‘Sultan Sulu’ yang dikepung pasukan keselamatan
Malaysia, terkorban.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menyifatkan kenyataan Tian Chua itu sebagai “jahat dan jahil” .

“Umno tidak akan mempermainkan soal keselamatan negara dan tidak mungkin menjadi pengkhianat kepada negara tercinta yang Umno telah berjuang untuk
memerdekakan.

“Umno bukan macam pembangkang dalam beberapa peristiwa yang lepas telah mengkhianati negara ini,” katanya.

Bekas Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani pula berkata, seharusnya semua pihak ketika ini bersatu dan tidak mencampur aduk politik dengan soal keselamatan negara.

Tegasnya, tindakan sewajarnya harus diambil terhadap Tian Chua dan mana-mana pihak yang dilihat menghasut rakyat supaya tidak mengulangi perbuatan sama.

Laman Twitter dan Facebook turut dihujani komen-komen yang menghentam kenyataan Tian Chua itu dan mahu tindakan tegas diambil terhadapnya.

 sulusultanLahad Datu standoff: Sabah politician allied with Anwar met Sulu Sultan before »

MANILA: A Malaysian Opposition politician allied with Datuk Seri Anwar Ibrahim is believed to have met with the Sulu Sultan late last year and gave the Opposition’s support to the Kirams’ claim to Sabah, a Philippine intelligence source revealed. In a special report by the Philippine Inquirer, the intelligence officer said that one member of the […]…

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah – Ahmad Zahid

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN – Darell Leiking

Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

Jenazah 6 mangsa nahas di Semporna selamat dikebumikan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN