Kolam Air Panas Panchor Rawat Penyakit Kronik

kolam air panas panchor4KUCHING: Kolam Air Panas Panchor di Kampung Panchor iaitu kira-kira 40 kilometer dari sini mampu menyembuhkan penyakit seperti jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi.

Menegaskan perkara itu Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit semalam berkata, ia telah terbukti apabila dua individu berjaya meningkatkan kesihatan mereka dengan kerap berkunjung ke kolam berkenaan.

“Seorang wanita yang telah saya temui di Paku semalam memberitahu saya bahawa dia membawa suaminya yang mengalami masalah jantung ke Kolam Air Panas Panchor setiap minggu selama tiga bulan.

“Wanita itu memberitahu selepas tiga bulan, keadaan suaminya lebih baik.

kolam air panas panchorIni menandakan kolam air panas mampu menyembuhkan penyakit dan kejayaan itu harus disebarkan,” katanya ketika melancarkan Kempen 1Malaysia Bersih dan Indah 2013 di Kolam Air Panas Panchor di Serian dekat sini.

Selain itu kata Dawos, beberapa individu dari utara Sarawak turut mendapatkan rawatan bagi pelbagai penyakit di kolam berkenaan.

“Pada satu ketika, ada individu datang dari Lawas untuk menyembuhkan penyakitnya di Kolam Air Panas Panchor.

“Ini sebabnya Kementerian Pelancongan membangunkan kolam air panas ini sebagai tempat untuk kekal sihat dan gembira kepada semua,” katanya.

Kolam Air Panas Panchor adalah salah satu daripada projek pelancongan berasaskan komuniti di negeri ini yang dibangunkan kementerian itu dengan kos RM450,000 dan siap pada Mei tahun lepas.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAMenurut Dawos, kerja-kerja meningkatkan kemudahan di kolam berkenaan juga akan diteliti memandangkan kini kedua-dua wanita dan lelaki berkongsi kolam air panas semula jadi itu.

Sehubungan itu kementeriannya sedang meneliti untuk memperkenalkan seksyen wanita bagi memberi privasi kepada mereka.

Sementara itu Dawos berkata Sarawak mendapat peruntukan sebanyak RM37 juta bagi tujuan pembangunan pelancongan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Katanya daripada jumlah itu hampir RM10 juta digunakan untuk projek khas (ad hoc) di Sarawak antara tahun 2011 dan 2015.

“Di bawah RMK-10 sebanyak RM9.6 juta peruntukan diberikan untuk pelaksanaan projek khas, iaitu terdapat 21 projek di seluruh negeri.

“Pelancongan adalah industri kedua terbesar di Malaysia selepas industri perkhidmatan, yang menyumbang 58.7 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.

Dua puluh satu projek berkenaan termasuk kerja-kerja menaik taraf Gua Angin di Bau, Taman Sahabat China-Malaysia di sini, Kolam Air Panas Panchor (RM450,000), Tebingan Limbang, Miri City Fan (1Malaysia Garden) dan taman-taman awam di Miri.

Ahli Parlimen Mambong itu berkata, lebih daripada RM5 juta geran kerajaan disalurkan untuk membangunkan program inap desa di negeri ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Tarat Datuk Roland Sagah.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Naik belon kekal sebagai talian hayat masyarakat Mulu

Masyarakat pelbagai kaum raikan iftar bersama di ‘Juh Berambeh Sungkei’

Pembelian MASwings oleh kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb

Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau

Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN